Cacing Hati

Sumber Gambar: Dr Khadijah Saad[PhD Animal Science]

Fasciola Hepatica adalah salah satu jenis cacing yang menggangu ternakan. Cacing jenis ini akan mengganggu organ hati serta hempedu. Ternakan yang biasa dijangkiti adalah seperti, lembu, kerbau, kambing, dan bebiri (jenis ternakan lain juga berpotensi  untuk dijangkiti).

Berbentuk leper, seperti daun, mempunyai kitaran hidup yang komplek. Fasciola Hepatica yang matang berwarna coklat pucat-kelabu coklat, bersaiz antara 15mm hingga 40 mm panjang dan 12mm lebar. Masalah bebanan Fasciola Hepatica boleh mengakibatkan penghasilan susu dan daging jatuh. Ternakan berkemungkinan akan mati.

Perumah dan habitat

Fasciola Hepatica kebiasaan boleh ditemui dikawasan yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi seperti sawah, sekitar parit, tasik dan juga kawasan struktur yang mempunyai aliran air yang perlahan. Kebiasaan perumah yang digunakan adalah siput.

*artikel ringkas ini dihasilkan untuk penerangan awal berkaitan dengan cacing hati, untuk bacaan lanjut boleh klik pada Sumber Rujukan dan lain-lain bahan bacaan.

Sumber Rujukan:
1. thecattlesite
2. mjvr

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel