Enam Unsur Penilaian Nutrisi Ternakan

Bagi ternakan ruminan, makanan utama adalah dari sumber hijauan jenis foder, pasturan dan kekacang. Ketika menjalankan program kesihatan gerompok, antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah pemantauan kualiti bahan makanan yang bersumberkan bahan hijauan. Sample makanan tersebut boleh dihantar kepada makmal yang menyediakan perkhidmatan menganalisis nutrisi.

Terdapat 6 unsur yang akan diperhatikan bagi melihat kualiti bahan makanan, adalah seperti berikut:

  1. DM (dry matter): bahan kering,
  2. CP (crude protein): Protein Kasar,
  3. CF (Crude Fiber): Serat Kasar,
  4. NDF (Non digestible fiber): Ekstrak Bebas Nitrogen,
  5. TDN (total digestible nutrients): Jumlah Nutrien Mudah Cerna ,
  6. NFE (nitrogen-free extract): Ekstrak Bebas Nitrogen,
  7. ME (Metabolic Energy): Tenaga Metabolisma.

Berikut adalah contoh analisis yang dilakukan bagi 25 jenis hijauan yang dijadikan bahan makanan ternakan:

Sumber: porta.myagro.moa.gov.my

Apa makna kepada data tersebut? Melihat kepada nilai unsur yang dilaporkan oleh makmal membolehkan kita memerhati tahap nutrisi yang dimahukan, jika berkurangan tindakan yang boleh diambil adalah dengan memberi makan tambahan dan juga pemberian supplement. Selain itu ianya membantu kita merangka peratusan (%) pemberian konsentrat, dengan hijauan kepada ternakan, adakah pada 30:70, atau 20:80. Nilai yang semakin menurun memberi peringantan kepada kita agar penyelenggaraan sumber hijauaan dilakukan dengan kadar segera seperti pembajaan, penanaman semula, atau membaiki struktur tanah.

Sumber Rujukan:

  1. Kandungan Nurtien bahan Makanan Ternakan Di Malaysia dan Panduan Pemberian Makanan Untuk Lembu dan Kambing,Edisi ke 2 Terbitan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
  2. Foder, Pastura Dan Kekacang (Sebagai Makanan Ternakan), Terbitan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
  3. portal.myagro.moa.gov.my  

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel