Kejayaan sesebuah ladang bukan terletak pada pengurusan ternakan, namun ianya bergantung kuat kepada pengurusan kewangan ladang. Pengurusan teknikal yang mana berkaitan dengan ternakan adalah untuk memastikan penghasilan produk ladang terjamin pada kualiti dan kuantiti. Produk yang terhasil perlu dipasarkan (market) kepada permintaan masyarakat (needs). Aktiviti ini akan mengasilkan wang ringgit yang akan diterjemahkan kepada kejayaan sesebuah ladang. Wang yang diperolehi perlu diurus dengan teratur bagi menjamin kelangsungan ekonomi ladang.
Pengurusan Kewangan berkait rapat dengan teknik AMK (Analisis Margin Kasar) sesebuah operasi. Terdapat tiga (3) perkara yang perlu diperhatikan dalam melihat AMK, seperti berikut:
- Hasil
- Perbelanjaan
- Kos Berubah
Margin Kasar= Hasil – (Perbelanjaan+Kos Berubah)
Pemerhatian AMK boleh dilakukan dengan merekod 3 perkara tersebut, ianya boleh dilakukan dengan merekod tanpa kos tambahan menggunakan buku dan Microsoft excel atau dengan kos tambahan iaitu menggunakan sistem perniagaan seperti Niagawan, goodtreefms.com, rabbitagro.com (pembangun sistem dari Malaysia) dan MyFarm (pembangun sistem dari luar Malaysia).
Sumber Rujukan:
1. Niagawan
2. gootreefms.com
3. rabbitagro.com
4. MyFarm
Penafian: Sistem yang disenaraikan hanyalah sebagai contoh, pembaca boleh menggunakan apa sahaja cara untuk merekod data ladang. Pihak penternak.my tidak mempunyai dan memperolehi apa-apa keuntungan daripada sistem yang disenaraikan. Sebarang kos yang terlibat perlu dirujuk kepada pihak pembangun sistem. Penternak.my terbuka untuk menerima cadangan bagi menambah baik perkhidmatan penyebaran ilmu ternakan kepada pembaca.