Roda Pengurusan Kambing Pedaging ini dihasilkan berdasarkan rujukan di enasco.com, dan ianya diubah suai mengikut kesesuaian suasana penternakan di Malaysia. Namun, keberadaan program yang dijalankan adalah mengikut keperluan pengurusan ladang masing-masing. Berikut adalah 20 aktiviti utama yang disarankan sepanjang tahun bagi sesebuah ladang kambing pedaging (klik untuk lihat huraian):
Penjantan yang bersesuaian perlu diteliti dari sudut rekod pembiakan, bentuk badan, berat badan, kemampuan memanjat, kekuatan kaki belakang, pemerhatian kecacatan anggota badan dan lain-lain lagi.
Pemilihan induk betina yang berkualiti menentukan kelangsungan anak yang baru lahir. Antara sudut yang perlu diperhatikan rekod kelahiran, sifat keibuan induk, bentuk ambing, saiz badan, dan lain-lain lagi.
Synchronization adalah istilah yang digunakan bagi mengsekatakan atau menyamakan tarikh “biang” induk betina. Program ini penting bagi memastikan kadar kebuntingan induk tinggi pada tempoh pembiakan dijalankan.
Istilah flushing digunakan supaya kelemahan induk penjantan dan betina dikurangkan. Penyeragaman berat badan dan saiz induk, tahap kesihatan induk, pemberian supplement (mineral dan vitamin), dan pemberian makanan yang cukup. Objektif program flushing dijalankan ini adalah untuk memastikan keadaan badan induk berada pada tahap yang optimum.
Kesihatan gerompok boleh dilaksanakan semasa program flushing dan juga dipisahkan. Dalam program ini yang diberi fokus adalah tahap kesihatan, ketika ini pengurusan ladang boleh mengambil sample tinja, sample darah, sample bahan makanan, timbang berat badan, pengkelasan saiz berat badan, pemberian ubat nyah cacing, pemberian vaksinasi, pemberian makanan tambahan (supplement, vitamin, mineral).
(nota: program kesihatan gerompok boleh dijalankan dengan bantuan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), rancang temujanji dengan baik)
Disarankan purata penjantan: betina adalah tidak melebihi 1:25. Tempoh masa yang disarankan adalah tidak melebihi 2 bulan. Purata dan tempoh masa boleh diubah mengikut kesesuaian dan dapatan pemerhatian pengurusan ladang.
Program flushing boleh ditamatkan selepas 2 bulan dijalankan.
Penjantan perlu dikeluarkan selepas 2 bulan diletak bersama induk betina (program pembiakan). Penjantan perlu diasingkan supaya daya kejantanan boleh dipantau. Penjatan perlu dimasukkan ke dalam program flushing. Mengembalikan hormon jantan pada tahap normal.
Kesihatan gerompok boleh dilaksanakan semasa program flushing dan juga dipisahkan. Dalam program ini yang diberi fokus adalah tahap kesihatan, ketika ini pengurusan ladang boleh mengambil sample tinja, sample darah, sample bahan makanan, timbang berat badan, pengkelasan saiz berat badan, pemberian ubat nyah cacing, pemberian vaksinasi, pemberian makanan tambahan (supplement, vitamin, mineral).
(nota: program kesihatan gerompok boleh dijalankan dengan bantuan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), rancang temujanji dengan baik)
Keperluan pemberian vaksin adalah mengikut saranan pihak bertanggungjawap, berdasarkan sejarah wabak atau penyakit, dan mengikut saranan pengilang.
Persediaan tempat, peralatan, susu gantian, pemilihan ibu tumpang dan ubatan, persediaan kecemasan lain-lain.
Aktiviti yang utama adalah merekod kelahiran, berat lahir, masa lahir, nombor induk, pemberian susu pertama (kolostrum), pemeriksaan kecacatan, pemeriksaan induk betina dan lain-lain perkara yang perlu diberi perhatian. Pihak pengurusan ladang juga disarankan untuk menyediakan sijil/surat kelahiran yang mengandungi no ID dan juga data kelahiran.
Pemeriksaan yang serius perlu dibuat seminggu selepas kelahiran, antara perkara yang boleh diperhatikan adalah seperti berikut:
- Berat badan.
- Tahap kesihatan.
- Pemberian
- no ID.
Kesihatan gerompok boleh dilaksanakan semasa program flushing dan juga dipisahkan. Dalam program ini yang diberi fokus adalah tahap kesihatan, ketika ini pengurusan ladang boleh mengambil sample tinja, sample darah, sample bahan makanan, timbang berat badan, pengkelasan saiz berat badan, pemberian ubat nyah cacing, pemberian vaksinasi, pemberian makanan tambahan (supplement, vitamin, mineral).
(nota: program kesihatan gerompok boleh dijalankan dengan bantuan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), rancang temujanji dengan baik)
Keperluan pemberian vaksin adalah mengikut saranan pihak bertanggungjawap, berdasarkan sejarah wabak atau penyakit, dan mengikut saranan pengilang.
Keperluan pemakanan perlu dikira dengan bilangan ternakan dan juga penghasilan bekalan rumput mengikut keluasan kawasan yang ada. Pemilihan makanan tambahan konsentrat (makanan ratio lengkap) dan juga penilaian kualiti makanan juga perlu diperhatikan.
Keperluan pemberian vaksin adalah mengikut saranan pihak bertanggungjawap, berdasarkan sejarah wabak atau penyakit, dan mengikut saranan pengilang.
3 bulan selepas kelahiran adalah disarankan dan dimasukkan ke program pembesaran dan seterusnya penggemukan. Cerai susu akan membantu untuk persediaan induk betina bagi program pembiakan akan datang.
Bagi anak yang memasuki program pembesaran, pemerhatian pada data berat badan dan saiz badan akan memperlihatkan potensi anak tersebut untuk dijadikan pelapis induk.
Dengan penghasilan kambing pedaging yang ada, pergerakan produk dan pemasaran perlu dilakukan. Melihat kepada parasan semasa melalui pasar tani (lihat senarai pasar tani), pasaran digital, orang tengah (peraih) atau penghasilan produk IAT (industri asas ternakan).
Sumber Rujukan:
1.enasco.com
2.portal.myagro.moa.gov.my