Miopati Nutrisi Dalam Haiwan Ternakan

Apabila haiwan kekurangan atau tidak cukup Selenium atau Vitamin E, ia akan menyebabkan degenerasi/kemerosotan pada otot rangka dan otot jantung. Selenium dan Vitamin E dapat mencegah kerosakan sel sewaktu proses pengoksidaan yang berlaku akitab metabolisma tisu.

Masalah ini biasanya berlaku pada haiwan yang masih muda, tetapi haiwan yang lebih tua juga tidak terkecuali mengalami masalah ini. Miopati yang disebabkan kekurangan selenium, biasanya berlaku pada haiwan muda yang meragut rumput yang baru mula tumbuh, kawasan yang selalu hujan dan keadaan tanah yang berasid.

Miopati akibat dari tidak cukup Vitamin E biasanya berlaku pada haiwan muda yang diberi makan makanan kering, rumput kering atau bijirin dalam masa yang panjang, situasi ini biasa berlaku semasa proses eksport ternakan.

Gejalan dan Diagnosis

Penyakit ini biasanya terjadi apabila ada pergerakan fizikal yang mendadak seperti berjalan dan mengangkut. Jika pergerakan fizikal ini diteruskan, dibimbangi keadaan ternakan tersebut bertambah buruk.

Haiwan akan mengalami cara berjalan yang tidak normal dan mati secara tiba- tiba berkemungkinan akibat kegagalan jantung. Ada juga yang tidak mampu untuk berdiri tetapi masih responsi. Haiwan yang mampu bangun akan menunjukkan gejala seperti bongkok dan enggan bergerak. Air kencing kelihatan berwarna coklat menandakan kehadiran myoglobin.

Pada nekropsi, terdapat kawasan otot yang meresap, pucat, dan kering, dan pada anggota lain terdapat garis putih atau tompok putih yang jelas. Keadaan ini biasa dijumpai pada jantung dan lidah, dan merebak secara simetri pada otot bahu, punggung dan paha. Miopati kerana tidak cukup selenium dan vitamin E tidak dapat dibezakan, kecuali dengan melakukan penyelidikan diet pemakanan yang telah diberikan pada ternakan tersebut.

Spesimen yang diperlukan untuk pengesahan makmal termasuklah darah (10 mL) yang disejuk (tidak beku) untuk aktiviti glutathione peroxidase (GSHPx), dari sekurang-kurangnya 5 haiwan dalam kumpulan itu, dan sekurang-kurangnya 2 mL serum yang dibekukan untuk analisis enzimologi dan vitamin E serum, sedikit bahagian otot rangka dan otot jantung yang terjejas dan tidak terjejas, disimpan dalam formalin buffer untuk histologi.

Diagnosis pembezaan yang boleh dibuat ialah enterotoksemia apabila ada kematian mendadak, dan artritis apabila ada kekakuan (tidak mampu bergerak).

Rawatan

Suntikan, melalui mulut dan bolus rumen yang mengandungi vitamin E dan/ atau selenium adalah salah satu rawatan. Prognosisnya baik bagi haiwan yang tidak kronik.

Bagi kes kekurangan selenium mesti dipastikan dahulu dan langkah berjaga- jaga perlu diambil tidak memberikan selenium secara berlebihan kerana boleh menyebabkan ketoksikan.

Pencegahan

Ubat nyah cacing, bolumen rumen dan vaksin yang mengandungi selenium adalah antara langkah pencegahan. Walau bagaimanapun, kepekatan selenium dalam vaksin tidak boleh terlalu tinggi bagi mencegah penyakit di beberapa kawasan. Sebilangan kecil pengambilan rumput yang segar, bahkan rumpai juga dapat mengelakkan kekurangan vitamin E. Pemberian produk premix yang sedia ada amat digalakkan.

Ternakan:
Lembu
Kambing
Berbiri
Ayam

Nama lain:
Distrofi Otot
Kekurangan Selenium
Kekurangan Vitamin E
Penyakit Otot Putih

Sindrom:
Tempang
kurus

Sumber rujukan:
Nutritional Myopathies in Ruminants and Pigs By Stephanie J. Valberg , DVM, PhD, DACVIM, ACVSMR, McPhail Equine Performance Center, Michigan State University Last full review/revision Apr 2014 | Content last modified May 2014 https://www.msdvetmanual.com/musculoskeletal-system/myopathies-in-ruminants-and-pigs/nutritional-myopathies-in-ruminants-and-pigs

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel