Secara tradisional, ternakan dijual secara terus melalui jualan fizikal di ladang mahu pun di pasar ternakan (jika ada pihak penganjur). Namun, industri penternakan juga tidak kurang juga, terkena tempias revolusi industri 4.0 (IR 4.0) yang mana menyasarkan aktiviti tersebut adalah secara atas talian. Secara purata, kesemua pembaca penternak.my biasa menggunakan media sosial sebagai tempat berinteraksi, dan melakukan aktiviti perniagaan.
Aktiviti ini meluaskan lagi capaian pasaran hasil ternakan daripada ladang yang jauh. Mempromosikan hasilan ternakan melalui media sosial mampu mengelakkan pencerobohan secara fizikal yang menyebabkan jangkitan penyakit boleh merebak. Namun etika aktiviti mempromosi dan penjualan ternakan perlulah dibangunkan dan kebajikan ternakan dijaga dengan lebih baik.
Revolusi industri 4.0 (IR 4.0) telah membawa para penternak kepada beberapa kebolehan untuk membangunkan industri ini, salah satunya mendekatkan pengguna dengan pengeluar, meluaskan pemasaran, mengautomasikan data pengguna pengeluar dan menjimatkan kos produksi. Mari kita lihat beberapa alat yang boleh digunakan sebagai pengembang pemasaran hasilan ternakan anda.
1. Media sosial
Penggunaan laman facebook yang telah berkembang dari hanya media sosial kepada sistem perniagaan. Penternak boleh menggunakan aplikasi dibawah kelolaan facebook seperti facebook page, instagram, dan whatsapp. Ketiga-tiga aplikasi berikut boleh diintegrasikan sebagai satu rangkaian jenama ladang ternakan anda. Pembangunan jenama ladang amatlah penting bagi menarik perhatian pengguna, serta sebagai maklumat ringkas perniagaan yang dijalankan.
2. Laman Web Ladang
Membina laman web ladang juga meningkatkan lagi image sesebuah ladang, pembangunan laman web akan menjelaskan perniagaan anda dengan lebih lanjut. Namun jika ditambah dengan perkhidmatan perkongsian ilmu dan perkhidmatan setelah jualan kepada pengguna, ianya menjadi satu ikatan yang lebih kuat antara pengguna dengan pengeluar. Blog spot, wix dan juga wordpress adalah laman yang menyediakan perkhidmatan penerbitan laman web secara percuma, tapi terdapat beberapa fungsi yang terhad. Fungsi yang berbayar memberi beberapa kelebihan yang memudahkan lagi anda untuk mengawal laman web anda. Jika anda berminat untuk belajar membina laman web boleh klik butang berikut;Â
3. E-commerce
Adalah istilah diberi kepada sistem yang digunakan dalam perniagaan secara atas talian. Terdapat banyak sistem yang telah dibangunkan, untuk pasaran tempatan terutamanya di Malaysia, mjfatonah.com dan agrobazaar.com.my telah dibangunkan khusus untuk para penternak memasarkan hasilan ternakan. Daftar dan mula jual, selain itu anda juga boleh membina sistem e-commerce di laman web anda juga. Pembayaran, resit dan penghantaran boleh diautomasikan, masa lebih pantas dan kurang menggunakan tenaga. Jika anda berminat untuk belajar membina sistem e-commerce pada laman web anda klik butang berikut;Â
Baca juga artikel Berniaga Di mjfatonah.com dan Berniaga Di agrobazaar.com.my
Memahami ekosistem media sosial, laman web dan e-commerce memberi anda kelebihan untuk menarik pengguna kepada produk anda. Media sosial (terutamanya facebook) digunakan sebagi sumber mencari pengguna dengan lebih cepat dan dibawa ke laman web ladang anda. Untuk laman web pula boleh digunakan sebagai laman perniagaan rasmi anda dan mengawal kandungan dengan mengikut cita rasa anda, sistem e-commerce pula boleh digunakan untuk anda automasikan jual beli yang dilakukan, dan menyimpan data pengguna untuk tujuan promosi dan juga khidmat selepas jualan.
Â
Â
Baca juga artikel Penggunaan Teknologi Dalam Penternakan