Ternakan Miniature Yang Comel Tetapi Mahal

Miniature Angus

Ternakan yang kecil dan kenit biasanya boleh didapati pada umur sebelum cerai susu. Pada sesiapa yang melihatnya pasti geram dan ingin memilikinya. Apabila mendengar harganya pasti anda akan tersenyum, kerana harganya bernilai tinggi. Ternakan kecil dan kenit ini dikategorikan sebagai “miniature“, ada yang meminatinya, sepertimana ada yang meminati ternakan yang dikategorikan “sado”. Pada ternakan lembu anda boleh google “miniature angus” pada kambing pula “pygmy goats”.

Bagaimana ternakan miniature ini boleh dihasilkan? Adakah disebabkan kacukan dengan gen babi? Haram dimakan pula? Bertenang, apa sahaja yang pelik jangan dikaitkan dengan kacukan babi (sebelum ini lembu sado juga terpalit dengan tuduhan yang sama). Miniature adalah satu sifat atau keadaan (phenotype) kenit atau dwarf, yang dibawa oleh maklumat DNA melalui chromosome.

Miniature Zebu Cattle

Setiap chromosome akan mempunyai pasangan apabila berlaku persenyawaan dan menghasilkan fetus. Maklumat yang dibawa oleh DNA ternakan akan mencorakkan penghasilan anak ternakan yang akan lahir. Bilangan chromosome yang dibawa oleh lembu adalah sebanyak 60, manakala babi pula mempunyai 38 chromose. Bilangan chromosome sahaja sudah berbeza bagimana nak buat kacukan antara lembu dan babi akan berhasil?

Proses untuk menilai penghasilan miniature amatlah lama dan memakan kos yang sangat tinggi. Tidak hairanlah juga ternakan jenis miniature ini dijual pada harga yang mahal (nak tahu anggaran harga klik di sini). Ilmu genetik ini membantu penternak bagaimana nak menghasilkan ternakan yang bermutu tinggi dan memberi pulangan yang lebih lumayan. Panjang jika nak diceritakan berkenaan miniature ternakan ini, jadi untuk bacaan lanjut sila klik pautan yang dilampiran di sumber rujukan. Adakah nasib lembu Kedah-Kelantan (KK) juga akan menjadi minature KK? Rasanya sudah wujud. Jom kita belajar ilmu genetik.

Gambar Red Brahman miniature yang viral di facebook

Sumber rujukan:
1. Weird Cow Breeds: Miniature Zebu, The world’s oldest and smallest breed, Kevin Forde, Editor of THAT’S FARMING, 2017 https://www.thatsfarming.com/news/weird-cow-breeds-miniature-zebu

2. North Wales breeders set UK record price for miniature Lowline Angus cattle, By Andrew ForgraveRural Affairs Editor, 2018, https://www.dailypost.co.uk/news/local-news/north-wales-breeders-set-uk-15225561

Baca juga artikel Memahami Ilmu Genetik Ternakan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel