Peralatan Permanian Beradas Yang Digunakan AI-man

Oleh Harun Hazim, Bumi Agritech

Permanian beradas atau dikenali sebagai artificial insemination (AI) bukan asing lagi bagi penternak lembu di Malaysia, malah dilain-lain negara.  Dengan penggunaan teknik ini, kita mampu meningkatkan lagi kualiti genetic ternakan dengan lebih baik, mengawal penyakit, dan juga menjimatkan kos penjagaan induk pejantan (tiada lagi pejantan diperlukan diladang).

Kebiasaan, juru teknik permanian berada (AI-man) kebiasaan memerlukan 11 alatan untuk menjayakan program ini. Kesemua alatan ini dibuat khas bagi memudahkan aktiviti pembiakan dijalankan dengan lebih baik. Berikut adalah senarai alatan tersebut;

  1. AI gun (alat yang akan memasukkan benih ke dalam peranakan induk betina).
  2. Long plastic gloves (bagi melindungi tangan AI-man)
  3. Sheaths (bagi melindungi AI gun)
  4. Thaw unit (untuk mencairkan benih)
  5. Tweezer (alat untuk pegang straw benih)
  6. Thermometer (pengukur suhu)
  7. Water thermos (penyimpan air panas)
  8. Straw cutter (memotong straw benih)
  9. Lubrication (pelincir)
  10. Semen tank (tangki untuk simpan straw benih, ada saiz besar dan kecil)
  11. Semen (benih yang mengandungi air mani induk pejantan)

Aktiviti permanian beradas ini perlukan kemahiran dan pengalaman, tidak kecuali juga ilmu pengetahuan berkaitan dengan anatomi peranakan ternakan, fisiologi berahi, kebuntingan dan juga kelahiran. Penentuan kejayaan pada aktiviti ini juga memerlukan masa berahi yang tepat, serta peralatan yang lengkap. Tidak lengkap untuk aktiviti ini tanpa merekod jenis benih dan juga masa permanian beradas dilakukan. rekod ini boleh dijadikan sebagai pemantauan keberkesanan aktiviti AI dan juga sebagai pemantauan prestasi induk betina. Ingat, permanian beradas adalah bukan permanian berhadas.

Nota: Bumi Agritech adalah sebuah syarikat yang membekalkan benih ternakan lembu, ternakan, dan juga pertanian. Mempunyai pengalaman dalam aktiviti permanian beradas dan aktiviti penternakan.

Baca juga artikel Info Straw Benih Lembu

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel