Oleh Dr Ainul Yuzairi
CRAUN Research Sdn. Bhd. Sarawak – COE penyelidikan sagu, Kuching & Sungai Talau research station, Mukah. Kunjungan yang sangat informatif & bermanfaat melihat kecemerlangan warga CRAUN dalam fokus mereka untuk pembangunan industri sagu bagi pembangunan & sumber ekonomi masyarakat luar Bandar, iaitu sagu. Metroxylon sagu Rottboll merupakan nama saintifik bagi Sagu adalah antara tanaman yang dikenal pasti oleh pihak FAO sebagai “crop of the future” berikutan potensi nya sebagai antara tanaman penghasil kanji tertinggi dimana ia berpotensi menghasilkan hingga 37 Mt. kanji /ha/tahun.
Sarawak adalah pengeksport produk sagu terbesar dunia. Negara lain yang mempunyai tanaman sagu yang luas adalah Indonesia dan Papua New Guinea. Ada pelbagai varieti / jenis benih sagu termasuklah dari Indonesia dan Papua New Guinea yang ditanam di Stesen Sg. Talau, Mukah. Tanah yang sesuai bagi tanaman sagu adalah jenis mineral soil, alluvial soil serta peat soil (yang berkedalaman < 2.5 meter sahaja). Dianggarkan ada 60,000 Ha. kawasan tanaman sagu di Sarawak. Nama lain bagi pokok sagu adalah Rumbia atau Mulong.
Setiap hektar tanaman sagu berpotensi ditanam 100 perdu atau rumpun atau clump. Jarak penanaman sago adalah 10 kaki x 10 kaki. Setiap rumpun sebaiknya mempunyai 6 batang pokok. Rumpun capai umur matang/ produktif setelah mula ditanam selepas 10 tahun. Selepas mencapai umur produktif, satu pokok sagu/ satu batang boleh ditebang setiap tahun dan jangka produktif setiap rumpun adalah tiada had selagi tiada masalah/ ancaman berlaku. Purata rumpun produktif dalam setiap hektar ladang adalah sekitar 70%. Antara cabaran industri ini adalah proses perkembangan pokok sagu mengambil masa yang agak lama:
- Mulai tanam -(3 ke 4 tahun) = trunk initiation;
- seterusnya trunk elongation to maturity (berumur 10 tahun dari tanam).
- Selepas tuaian batang pertama, 2nd succession palm dalam kluster itu akan ambil masa 18 bulan untuk dituai semula.
Terdapat beberapa istilah tempatan bagi peringkat pertumbuhan sagu yang digunakan seperti angau tua, angau muda (peringkat yang terbaik untuk dituai kerana paling tinggi kandungan kanji), bubul – peringkat ketinggian maksima dicapai. Kilang proses sagu moden dah ke arah guna loji biogas bagi rawatan sisanya.
Baca juga artikel Enam Unsur Penilaian Nutrisi Ternakan