Mastitis Masalah Biasa Untuk Ternakan Tenusu

Sumber: scialert.net

Mastitis adalah masalah yang berlaku apabila berlaku jangkitan (infection) pada organ yang menghasilkan susu (udders). Boleh jadi kepada induk betina yang baru melahirkan anak, boleh juga berlaku pada ternakan yang bunting akhir, ataupun ternakan tenusu yang menghasilkan susu yang banyak. Jangkitan ini boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor utama iaitu;

1.   Persekitaran yang kotor.
2.   Lewat perahan susu.
3.   Mineral yang tidak seimbang.
4.   Kecederaan traumatik.

Mastitis boleh terjadi dalam dua keadaan, mastitis subklinikal dan mastitis klinikal. Dalam keadaan mastitis subklinikal, ternakan tidak menunjukkan tanda-tanda kesakitan yang jelas, ianya boleh diketahui melalui pengiraan sel somatic yang mengukur kualiti susu dan boleh digunakan sebagai penunjuk mastitis yang prevalen. 

Mastitis klinikal pula menunjukkan tanda yang jelas pada udder seperti bengkak, panas, kekerasan, kemerahan atau sakit. Pada susu pula kelihatan berair, gumpalan atau nanah sering hadir. Pengurangan dalam hasil susu, kenaikan suhu badan, dan kurang selera makan, juga merupakan tanda biasa untuk mastitis.

Dilampirkan poster yang mengandungi info berkaitan mastitis. Poster ini diterbitkan oleh Seksyen Tenusu Jabatan Perkhidmatan Veterinar, diadaptasi daripada Healthy Udder-2011, Dairy NZ;

Klik gambar untuk dapatkan poster penuh

Sumber rujukan:
1. Mastitis, thecattlesite.com
2. Mastitis in Cattle, By Ronald J. Erskine , DVM, PhD, Department of Large Animal Clinical Sciences, College of Veterinary Medicine, Michigan State University, msdvetmanual.com
3. Poster terbitan oleh Seksyen Tenusu Jabatan Perkhidmatan Veterinar, diadaptasi daripada Healthy Udder-2011, Dairy  NZ
4. Neelesh Sharma, Gyu Jin Rho, Yeong Ho Hong, Tae Young Kang, Hak Kyo Lee, Tai-Young Hur and Dong Kee Jeong, 2012. Bovine Mastitis: An Asian Perspective. Asian Journal of Animal and Veterinary Advances, 7: 454-476. scialert.net

Baca juga artikel 4 Komponen Pemberian Kolostrum Untuk Anak Ternakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *