Permulaan Pembiakan Arnab

Disediakan Oleh: Aisya Ridha & Kamarulazwa Muhammad

Pembiakan arnab boleh bermula apabila induk jantan dan betina telah mencapai usia matang. Manifestasi kematangan seksual arnab jantan dapat dilihat pada usia 60 – 70 hari. Pada usia ini arnab jantan mula memanjat arnab betina untuk mengawan tetapi arnab jantan biasanya hanya akan berjaya mengawan seawal usia 150 hari (5 bulan). Kematangan seksual arnab berbeza mengikut baka, persekitaran, iklim dan pemakanan. Kematangan seksual bagi arnab baka NZW adalah pada usia 32 minggu di iklim sederhana. Arnab jantan yang matang boleh mengawan sekali sehari secara regular. Kandungan sperma akan menurun untuk setiap kali ejakulasi. Di Eropah, arnab betina mengawan pada usia 120 – 130 hari dengan fertility yang baik.

Arnab betina sentiasa subur dan ovum akan matang jika berlaku proses mengawan. Keinginan seksual arnab betina dapat dilihat pada vulva yang kemerahan. Pada ketika ini, arnab betina akan menerima kehadiran arnab jantan dan proses mengawan akan berjaya. Proses mengawan arnab tidak memerlukan tempoh yang lama dan biasanya berjaya dalam masa kurang dari 5 minit. Arnab betina perlu dikeluarkan daripada sangkar pejantan apabila proses mengawan selesai. Persekitaran dan suhu antara faktor yang akan mempengaruhi keberhasilan dalam pembiakan arnab. Suhu yang tinggi di kandang boleh merosakkan kualiti sperma arnab jantan.

Kekerapan mengawan bagi seekor arnab jantan disarankan sebanyak 3 kali seminggu dan tidak lebih daripada 6 kali ejakulasi bagi menjaga kualiti sperma. Arnab betina pula disarankan mengawan apabila menunjukkan tanda keinginan seksualnya (on heat). 

Pengawanan semula boleh dilakukan:

  • 24 jam hingga 6 minggu selepas kelahiran 
  • kadar segera sekiranya kematian semua anaknya selepas hari ketiga
  • Selepas anak cerai susu pada umur 4-6 minggu
  • 14-21 hari selepas beranak (7-8 kali beranak/setahun

Teknik mengawan secara semulajadi:

  • Arnab betina yang matang dimasukkan ke sangkar arnab jantan
  • Proses mengawan berjaya sekiranya arnab jantan memanjat arnab betina dan akan jatuh kekejangan untuk beberapa saat
  • Arnab betina dikeluarkan selepas mengawan

Teknik permanian beradas:

  • Sperma diambil dan disuntik kepada arnab betina menggunakan peralatan AI 
  • Mengurangkan risiko cedera atau tidak mahu mengawan 
  • Menjimatkan masa penternak dan dapat mengurangkan jumlah pejantan
  • Memudahkan penternak merancang hasil pengeluaran

Sumber rujukan:
1. pet-informed-veterinary-advice-online.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *