30 #infoternakanramadhan
30 info ringkas tentang perkongsian ilmu penternakan secara umum. Penulisan ini ditulis secara ringkas bertujuan bagi mengisi masa pada bulan Ramadhan 2023. Dalam siri ini terdapat 25 info yang teknikal dan juga sedikit selingan santai sebanyak 5 kisah satira. Semoga perkongsian ringkas ini memberi manfaat dan dikongsikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.
01
Kelahiran ternakan menjadi satu benda yang dikejar oleh penternak, tapi selepas lahir apa nak buat?
Saya senaraikan 4 perkara yang perlu dilakukan untuk mengurus setiap kelahiran ternakan, supaya menjadi hasil yang lumayan, boleh baca kat siniĀ Ā https://penternak.my/595/
Jangan lupa set target berapa ekor ternakan yang kita mahu jual tahun ini, semoga berhasil.
#infoternakanramadhan
02
Bulan puasa kalau tak buat backup awal, mencabar la jugak nak cari makanan untuk ternakan. Backup awal dengan buat silageĀ https://penternak.my/3106/
#infoternakanramadhan
03
Susu awal memainkan peranan yang sangat penting, selepas 30 hari kita boleh beri vaksinasi lain. Untuk perlindungan awal, kolestrum membekalkan info berkaitan pertahanan badan kepada anak ternakan. Ulasan ringkas berkaitan kolestrum https://penternak.my/1189/
#infoternakanramadhan
05
Dahagakan puasa ni, agak-agak la kan, sehari berapa liter air yang diperlukan oleh seekor lembu? Tip, ada kajian menyatakan 5L air diperlukan untuk menghasilkan 1L susu. Baca untuk tahu berapa keperluan air untuk ternakanĀ https://penternak.my/1063/
#infoternakanramadhan
06
Kasi suntik semua, kena run program kesihatan gerompok, 24 ekor, sikit saja, tapi dah dahaga. Tentang kesihatan gerompokĀ https://penternak.my/499
#infoternakanramadhan
07
Cerita ni dah lama popular, cuma saya taip semula mengikut gaya bahasa saya, semoga jadi pengajaran dan hiburan juga. Ceritanya bermula begini, suatu ketika dahulu, dalam satu wilayah nusa satwa yang dipimpin oleh sang singa dengan adil dan aman, tetapi, dalam hiruk piruk kehidupan haiwan, berlaku kekecohan sedikit disebabkan perdebatan kecil.
Kedai berkata kepada harimau; ārumput berwarna biruā
Harimau membalas; āMana ada, rumput warna hijau laā
https://azamin.net/396/
#infoternakanramadhan
08
Biar
Yang merah ni diberi nama ābiarā untuk orang tempatan kawasan saya panggil apabila sembelih kambing atau lembu, selalu saja jumpa. Lalu dibiarkan saja, dibuang sekali dengan perut, sebab susah nak buang. Kejadian ābiarā adalah sejenis cacing, atau orang puteh panggil sebagai Stomach flukes aka paramphistomes.
Jika kita sebagai penternak, ābiarākan saja ternakan, tanpa melakukan rawatan atau pemeriksaan awal, kita bukan hanya menternak ternakan, tapi kita juga menternak ābiarā dan ābiarā ini tidak akan hilang, malah semakin kuat bertahan. Jika nak makan jugaĀ perut lembu yang mempunyai “biar” kita basuh dengan kapur, insyallah tanggal.
09
ada yang bertanya tentang prolapse, ada 3 bentuk prolapse ni, semuanya berkait dengan program pemakanan. Dapat kes macam ni time bulan puasa, nanya pak kasimmmmm oiii….
bab prolapse ni baca kat siniĀ https://penternak.my/5411/Ā xda la detail sangat tapi cukup la takat nak faham sebab apa, mcmna nak cegah…mcmn nak rawat…ada la sikit2 dlm ni
#infoternakanramadhan
10
Sedar tak sedar dah masuk hari ke 10 kita berpuasa, dan Alhamdulillah dapat juga teruskanĀ #infoternakanramadhanĀ niat asal nak jauhkan diri dari fb, tapi bila fikir balik, elok buat perkongsian ilmu penternakan setiap hari Ramadhan ni, kan itu lagi baik dari terus berdiam.
Kelahiran anak ternakan memang jadi kegembiraan, dan kematian mereka pula menjadi sebaliknya. Ada beberapa perkara yang kita nak kena perhatikan dulu sebelum kita asingkan mereka daripada induk.
Ada juga yang bertanya berapa tempoh sebenar cerai susu anak ternakan ni? itu semua bergantung kepada keputusan masing-masing. Macamana nak buat keputusan tu? ada diruangan komen.
ada 4 perkara yang perlu diperhatikan sebelum membuat keputusan untuk mengasingkan anak ternakan daripada indukĀ https://penternak.my/1240/
#infoternakanramadhan
11
Si keldai berkulit Sang singa
Pada suatu masa dahulu hidup seekor keldai. Dia sangatlah malas dan sentiasa mahu tidur. Pada suatu hari dia kelaparan dan berusaha mencari makanan. Dia menjumpai kulit singa, dalam fikiran nakalnya dia memakainya dan melihat renungannya di sungai.” Wah! Saya kelihatan seperti singa! Tiada siapa yang boleh mengatakan bahawa itu adalah saya, saya mesti mengambil kesempatan ini” keldai berkata kepada dirinya sendiri.
Kisah ini saya abadikan diĀ https://azamin.net/399/
#infoternakanramadhan
12
Sakit kaki ja FMD, tak da sakit lain dah, kalau ikutkan penyebab sakit kaki ada macam-macam, dia mula timbul masalah ni sebab benda kecil saja, boleh jadi masalah besar. Jenis lari tak mau kerat kuku, ginilah jadinya.
ada 15 isu berkaitan dengan masalah kaki yang bermula dengan kuku, ada 3 benda yang kita boleh buat untuk halang kes ni, dan ada 2 rawatan yang sangat berkesan, semua tu boleh baca kat siniĀ https://penternak.my/5416/
#infoternakanramadhan
13
Kehidupan lembu kita oleh bahagikan kepada 5 peringkat;
1. Dari lahir hingga 6 bulan – masih lagi bayi atau kanak-kanak.
2. 6 bulan ke 1 tahun – Kanak-kanak kepada remaja.
3. 1 tahun hingga 10 tahun – remaja kepada dewasa.
4. 10 tahun hingga 12 tahun- sudah tua.
5. 12 tahun keatas – sangat tua (legend).
Paling tua pernah direkodkan usia lembu adalah 43 tahun 9 bulan (bersamaan dengan 185 tahun umur manusia), Big Bertha (17 March 1945 ā 31 December 1993) di Southwest Ireland, dia telah lahirkan anak sebanyak 39 ekor sepanjang hidup dia.
Tidak itu saja, dah terkenal dengan usia paling tua dia juga dimanfaatkan untuk membantu dalam usaha mengutip sumbangan sebanyak $75,000 bagi aktiviti kebajikan dan kajian berkaitan dengan barah. Jadi, manfaatkanlah kehidupan, jangan sia-siakan setiap hembusan nafas anda.
14
Hakikat daging
Maafkanlah saya jika saya tunjuk gambar makanan di bulan Ramadhan yang mulia ini, iya…kelihatan seperti tidak sopan. Apa yang saya mahu tunjukkan sebenarnya adalah cerita disebalik daging yang sedap dan lembut.
Bukan mahu cerita mahal nilainya semata-mata, usaha pelbagai pihak untuk menghasilkannya, tidak mudah, ada yang memperlekeh malah juga meragui keberhasilannya, juga ada yang merasakan mudah saja menghasilkannya.
Dan setiap cerita itu, bila dikunyah daging ini, boleh jadi orang rasa kesedapannya, bagi saya bukan saja sedap, tapi jiwa yang terasa puas, boleh jadi saya yang lebih-lebih meletakkannya pada sensor inderawi saya.
Selamat berpuasa.
#infoternakanramadhan
14
Hakikat daging
Maafkanlah saya jika saya tunjuk gambar makanan di bulan Ramadhan yang mulia ini, iya…kelihatan seperti tidak sopan. Apa yang saya mahu tunjukkan sebenarnya adalah cerita disebalik daging yang sedap dan lembut.
Bukan mahu cerita mahal nilainya semata-mata, usaha pelbagai pihak untuk menghasilkannya, tidak mudah, ada yang memperlekeh malah juga meragui keberhasilannya, juga ada yang merasakan mudah saja menghasilkannya.
Dan setiap cerita itu, bila dikunyah daging ini, boleh jadi orang rasa kesedapannya, bagi saya bukan saja sedap, tapi jiwa yang terasa puas, boleh jadi saya yang lebih-lebih meletakkannya pada sensor inderawi saya.
Selamat berpuasa.
#infoternakanramadhan
16
Bila kita ada banyak ternakan dalam satu ladang, kita nak apa sebenarnya? Nak buat zoo? Elakkan situasi yang memyebabkan kita hilang fokus.
https://penternak.my/4977/
#infoternakanramadhan
17
Cerita tentang daging ada pelbagai versi, dan masing-masing ada citarasa tersendiri. Jika ada yang teringin nak makan daging boleh saja ke steakhouse, tapi sebelum makan kita pilih dulu mahu dry aged atau wet aged, baru pilih bahagian.
Ini semua kita boleh jumpa di butcher house, antara yang boleh anda jenguk seperti di ;
1. AFMA Butchery
2. Awesome Meats
3. COLLA MEAT HOUSE
4. DuniaDaging.com Kelantan
5. MeatXpert
6. Tazz Mantai Cheras
Nanti saya keluarkan senarai butcher house tempatan yang boleh tuan puan lawati, industri kita semakin berkembang dan semoga barangan tempatan dapat mememuhi keperluan rakyat.
Selamat berbuka.
#infoternakanramadhan
21
Kisah gagak, kerbau dan musang
Langit yang cerah tiba-tiba jadi kelam dan menebal, angin kuat, guruh mula berbunyi, sang gagak yang menuju ke destinasi terpaksa mencari tempat berehat.
Saat keputusan dibuat, hujan mencurah-curah turun, ditambah petir mula menyambar sasaran, sang gagak akur terus menuju ke arah seekor kerbau ditengah padang rumput yang lapang.
Sambil berehat dibawah pokok dengan kerbau, mereka berkongsi prihal rutin harian masing-masing, sang kerbau kesian dengan gagak yang kesejukan, basah kuyup.
Lalu kerbau tersebut berak dan kehangatan tinja itu menyelamatkan gagak dari kesejukan, gagak selesa dengan keadaan itu. Gang kerbau menyelesaikan masalah kesejukannya. Makin rancak mereka berbual, lupa gagak mengucapkan terima kasih kepada kerbau.
Hujan berhenti, mentari kembali, kerbau meninggalkan gagak kerana dia mahu teruskan aktiviti meragut rumput. Telahan gagak kepada kerbau “belum kenyang lagi dan belum padat lagi untuk menjalani aktiviti ruminasi”.
Tapi sang gagak yang berada dibawah pokok mengalami kesukaran untuk terbang, disebabkan tinja kerbau masih melekat lagi dipelepahnya, mula mengeras. Tiba-tiba satu suara lembut menegur, “perlukah aku membantu mu membuang kesan tinja wahai gagak?”
Suara itu datang disebalik salah satu dahan pokok, rupanya sang musang juga berlindung di pokok yang sama sewaktu hujan tadi. “Sudah pasti, aku mahu terbang tinggi, ada destinasi yang aku mahu tuju” balas gagak. Tanpa membuang masa, serigala terus membantu gagak.
Sambil membantu gagak, musang bertanya banyak soalan dan pengalaman merantau gagak, dan beliau hanya diam bila gagak bercerita, lagaknya penuh pengetahuan luas. Dipuji-puji oleh serigala, makin galak gagak untuk terus bercerita.
Gagak mengucapkan ribuan terima kasih kepada sang musang, sempat pula minta sang musang kirimkan salam dan ucapan terima kasih kepada sang kerbau kerana membantunya tadi.
Saat gagak menunjah kaki, mencondongkan sayap, mula mengepakkan sayap, mencipta aerodinamik untuk terbang, sang musang menerkam dan membahamnya. Tamat riwayat sang gagak, kekenyanganlah sang musang, dan tenanglah kerbau ditengah padang rumput yang luas itu.
Nota: Cerita asal disampaikan kepada saya oleh En Azali sewaktu memberi nasihat dan motivasi kerja. Saya catatkan satira ini untuk anda baca dan saya cuba menulis dengan olahan sendiri, mohon tunjuk ajar.
Pengajaran? Ermm…. fikir sendiri.
https://azamin.net/404/
#infoternakanramadhan
22
Hernia, kes ni pun jarang untuk orang laporkan, dan jika dilaporkan pun mungkin tak mampu nak buat apa-apa, sebab cara merawatnya adalah melalui pembedahan.
Selalunya masalah ni terjadi disebabkan toto disekitar pusat ternakan tidak menutupi sepenuhnya, lalu menyebabkan sebahagian usus terkeluar daripada tempat yang sepatutnya.
Kenal pasti kenapa ianya berlaku, ada 2 sebab yang jelas;
1. Keturunan, sebab itu jangan ambil mudah berkaitan dengan penyusunan pembiakan, ada banyak lagi penyakit yang boleh terjadi jika tidak susun elok2 program pembiakan ni.
2. Berkaitan dengan pengurusan kelahiran, kritikal untuk jaga pusat ternakan yang baru lahir, perhatikan dan jika perlu bersihkan.
Bila dah tahu penyebabnya, bolehlah kita cegah, bukan apa nak rawat kes macam ni agak mencabar. Cabaranya adalah pada pengurusan selepas pembedahan dilakukan, jika boleh lagi awal lagi bagus untuk elakkan masalah berat badan yang akan ganggu proses pemulihan selepas pembedahan dilakukan.
nak baca lebih boleh jenguk siniĀ https://penternak.my/4227/
#infoternakanramadhan
23
Yogurt
Bare sedap ambo tak make sore, ambo kalau yogurt yang ambo suka ialah brand YOMI (Ā https://web.facebook.com/Yomi.hqĀ ) yang diusahakan oleh keluarga EnĀ Mat DaudĀ ada macam-macam perisa. Untuk tingkatkan penghadaman, ada ketika boleh selesai masalah sakit perut, minuman ini sangat membantu.
Baik, berkaitan dengan yogurt, ada bermacam-macam jenis yogurt, bukan hanya yang diminum sahaja, yang dibuat aiskrim pun ada.
Mari kita kenali jenis yogurt yang sedia ada dipasaran, ada 6 (tapi sebenarnya lagi banyak dari ini, kalau cerita semua tak habis nak baca);
1. Low fat
2. Kefir
3. Greek yogurt
4. Skyr
5. Frozen yogurt
6. Non-dairy yogurt
Nak dekat berbuka puasa ni makin macam-macam mengidam ni, apa pun, yogurt dibuat melalui bahan tenusu yang kaya dengan kalsium dan juga protein, jangan lepaskan minuman kalau ada depan mata minum terus, lepas buka puasa la.
#infoternakanramadhan
24
KurusĀ https://penternak.my/4084/Ā , jom ulangkaji ilmu penternakan.
Bila kita menternak, daging adalah keutamaan kita yang akan memberi hasil yang lumayan, tetapi jika ternakan kita kurus, boleh jadi rugi. Makan dah bagi banyak, tapi tetap kurus, ubat cacing pun dah bagi, tapi tetap kurus.
Beginilah tuan puan, masalah macam ni buka boleh settle dalam masa sebulan dua, kalau nak bagi selesai jugak, tuan puan bagilah ternakan tuan puan campuran mineral dalam makanan ternakan.
Itu bukan merawat sebenarnya, ianya adalah pencegahan, pemberian mineral perlu dilakukan setiap hari, jangan skip. Ada banyak campuran mineral yang boleh kita dapatkan dalam pasaran tempatan kita.
Kosnya pun sikit saja setiap hari, jangan berkira untuk pastikan kesihatan ternakan kita terjamin seiring dengan pulangan lumayan yang akan kita perolehi.
Penyakit ini adalah penyakit metabolik,Ā https://penternak.my/1097/
#infoternakanramadhan
25
Penyakit hardware
Bila nak dekat dengan berbuka puasa ni, kita cerita pasal makanan la. Tapi yang berkait dengan makanan ja, masalah “hardware disease” biasa terjadi pada ternakan lembu. Ternakan termakan benda tajam macam paku, dawai besi, dan lain-lain.
Penyakit ni dah macam penyakit “Pica” nak tahu lebih baca siniĀ https://penternak.my/861/Ā . Tapi cerita hardware disease ni boleh bawa maut terus. Sekali tercucuk organ pencernaan boleh cucuk juga organ penting yang lain.
Apa tanda kena penyakit ni?
1. Kurang aktif
2. Kurang selera makan
3. Murung saja
4. Kelihatan dalam kesakitan
5. Ada ketika demam boleh jadi kes ni dah kronik
Mungkin tanda-tanda klinikal ni kurang membantu, sebab terlalu general, dekat sini perlunya pemerhatian tuan punya ternakan. Dia saja yang betul-betul tahu suasana ladangnya. Selain tu kita boleh pakai xray (tapi kurang praktikal untuk berada di ladang, kalau fasiliti ladang ok, sempoi boleh bawa alat xray).
Cara nak rawat? Tak ada yang betul-betul berkesan, kalau nak buat pembedahan setakat mana nak buat tika nak cari dawai 2 inci? Selalunya teknik yang berkesan adalah dengan bagi makan magnet, rumen magnet ye, bukan magnet peti ais, dengan harapan mampu membantu ternakan sampai masa untuk dilupuskan nanti.
Jaga kebersihan ladang, jangan ambil mudah tentang benda kecil, dia boleh jadi kerugian besar akhir nanti. Nak buka puasa nanti jangan duk makan besi mengarut ea, penjual pun duk seal plastik pakat stapler, tak pasal-pasal kita pun kena hardware disease.
Selamat berbuka puasa.
#infoternakanramadhan
26
Lori sampah katak panas yang melalak
“the law of garbage truck” merupakan tajuk sebuah buku, memahami tajuknya saja sudah terasa positive.
Sang lori sampah yang tidak memilih untuk mengumpul sampah dari rumah segenap lapis masyarakat, dan memberi manfaat dalam pembersihan persekitaran, ramai yang menerima kebaikan beliau (pekerjaan yang mulia).
Begitulah perumpamaan pada kehidupan kita, apabila menerima teguran, cacian serta kejian dalam apa jua perkara, bersabarlah seketika. Jangan jadi seperti “The boiling frog”.
“The boiling frog” Katak yang kepanasan melalak, ada saja yang tidak kena, orang yang diam dicacinya, orang yang lantang juga dibangkangnya. sentiasa berprasangka, ada saja fikirannya untuk menjatuhkan orang lain.
“Tindakan yang perlu dilakukan hanyalah perlu keluar dari kawasan air yang panas, supaya tidak terus menjadi katak rebus” .
Namun jangan teruskan menjadi lori sampah yang mengutip sampah, perlu ada langkah tegas yang perlu dilakukan supaya kredibiliti diri terbentuk.
Bersederhanalah ketika menjadi sang katak yang sedang kepanasan, adab yang ditonjol pasti menyelamatkan diri untuk menjadi sejuk.
https://azamin.net/407/
#infoternakanramadhanĀ
27
EBV
Berkaitan dengan posting iniĀ https://bit.ly/43M7mMAĀ bagaimanakah “mereka” dapat menghasilkan kualiti ternakan yang baik? Rahsianya adalah dengan menggunakan EBV, ini semua ada sedikit kaitan dengan ilmu genetik, agak berat topik kali ini.
Estimated Breeding Values (EBV) merupakan nilai perkiraan genetik yang diberikan kepada ternakan berdasarkan data yang dikumpulkan dari setiap ternakan dan kelompoknya. EBV ni digunakan untuk menilai kualiti genetik ternakan dan juga kemampuan reproduksinya, semuanya berkaitan dengan genetik.
Proses untuk menerbitkan EBV adalah dengan melibatkan pengumpulan data ternakan seperti:
1. Berat badan: Data berat badan digunakan untuk menilai pertumbuhan dan perkembangan fizikal ternakan.
2. Produksi susu: Jika ternakan lembu, maka produksi susu dinilai untuk menentukan kualiti genetik dalam penghasilan susu dan tempohnya.
3. Kualiti daging: Untuk ternakan yang diternak untuk menghasilkan daging, nilai EBV dinilai berdasarkan kualiti daging seperti skor marbling.
4. Sifat-sifat reproduksi: EBV juga dapat digunakan untuk menilai sifat reproduksi ternak, seperti umur matang, saiz anak yang lahir, dan lain-lain lagi.
5. Ukuran tubuh: Ukuran tubuh ternakan juga dapat dinilai melalui EBV, seperti tinggi badan dan panjang badan.
6. Kesihatan: Beberapa faktor Kesihatan, seperti ketahanan terhadap penyakit, juga dapat dinilai dalam EBV.
7. Informasi salasilah: Informasi salasilah ternakan juga diambil dalam EBV untuk menilai genetik keturunan ternakan.
Kesemua data ini kemudian dianalisis dengan menggunakan statistik bagi merumuskan kualiti genetik ternakan. Dan kita akan nampak yang mana terbaik dalam populasi.
Dengan menggunakan EBV, pemilik ternakan dapat memilih induk yang memiliki nilai genetik yang lebih tinggi supaya dapat menghasilkan keturunan yang lebih baik.
Selain itu, EBV juga boleh digunakan dalam program pemulihan ternakkan supaya dapat meningkatkan kualiti genetik populasi ternakan secara keseluruhan, untuk generasi yang akan datang.
Dan atas faktor ini jugalah menyebabkan saya melahirkanĀ https://penternak.ioĀ , laman ini akan menjadi tempat pengurusan data ternakan secara organik diuruskan sendiri oleh para penternak terutamanya golongan yang menghasilkan ternakan pembaka.
Gambar contoh bagi EBV yang dilakukan oleh persatuan penternak di Australia. Disiplin mereka menghasilkan ternakan yang bermutu, dan bernilai, dan hasilnya daging yang baik boleh dirasai bersama.
#infoternakanramadhan
28
Batu karang
Masalah ni jadi masalah utama untuk jantan. Menangis tak berlagu, sebab nak kencing tak boleh. Macam-macam sebab, dan ada macam-macam jenis menyebabkan saluran kencing tersumbat.
29
Susu
Susu ni makanan yang sangat baik, jangan la tak minum, kena minum supaya tubuh kita sihat dan kuat. Industri susu ni unik dan bagi yang mengusahakan ternakan tenusu boleh cipta “cash flow”, ternakan mereka gelarkan sebagai mesin ATM.
Ada 3 jenis pemprosesan susu yang biasa digunakan oleh pemain industri ini, antaranya;
1.Susu Segar.
2.Susu Pasteurized.
3.Susu UHT (Ultra High Temperature).
30
Parasite darah
Masalah ni, hurmmmm memey sakit luar dan dalam boh. Ternakan jadi pucat, tak gemuk, berid (terbantut, rasanya istilah ni dari perkataan “inbreeding”), tiba-tiba tebah, lemah tak bermaya, tak bunting, produksi ternakan jatuh.
Bila check tinja, tak ada masalah cacing, elok pulak baru lepas bagi ubat cacing, bagi makan dah banyak tapi kurus lagi, vitamin dah bagi, kenapa nampak pucat lagi. Ha ni nak bagitau, 4 benda ni la puncanya! ;
1. Babesiosis – penyakit darah yang disebabkan oleh parasit Babesia spp.
2. Anaplasmosis – penyakit darah yang disebabkan oleh bakteria Anaplasma spp.
3. Trypanosomiasis – penyakit yang disebabkan oleh parasit Trypanosoma spp.
4.Theileriosis – penyakit darah yang disebabkan oleh parasit Theileria spp.
Depa ni kita boleh jumpa kalau sample darah kita ambik, tengok guna microscope.
Ulasan berkenaanĀ https://penternak.my/4106/
Berakhirlah siriĀ #infoternakanramadhan