Jenis Memproses Susu Yang Perlu Anda Tahu

Disediakan oleh: Narin Nfk Farm

Sumber gambar feelgrafix

Bagi orang awam, susu adalah susu yang berwarna putih. Namun bagi penternak yang mengeluarkan produk tenusu, anda perlu tahu serba sedikit bagaimana untuk memproses susu supaya selamat diminum oleh pengguna dan dijadikan sebagai produk akhir.

Susu Segar

Susu ini boleh sahaja didapati dengan mudah di kampung atau pedalaman di mana sumbernya diambil terus dari kambing/lembu. Walaupun susu ini dikatakan paling berkhasiat kerana tidak diproses atau ditambah bahan-bahan lain, namun menurut Centers for Diseases Control and Prevention (CDC) Amerika, susu yang tidak diproses/ dipasteur boleh membahayakan nyawa si peminum kerana mengandungi kuman atau bakteria yang berbahaya daripada ternakan (kambing/lembu) tersebut.

Susu Pasteurized

Perkataan pasteur adalah dari seorang saintis perancis yg bernama Louis Pasteur. Dia menggunakan elemen pemanasan 72 deg Celcius selama sekurang kurangnya 15 saat untuk membuang bakteria patogen dalam susu ternakan beliau. Bakteria berbahaya ini boleh mengakibatkan penyakit seperti tuberkolosis, demam tipoid dan difteria jika tidak dibunuh.

Menurut USFDA, ramai orang menyebarkan khabar Angin bahawa susu yang telah dipasteur kurang berkhasiat. Sebenarnya tiada perbezaan khasiat dan nutrisi diantara susu mentah dengan susu yang telah dipasteurkan. Khasiat dan nutrisinya masih kekal, cuma bezanya susu yang dipasteurkan paling selamat dan berkhasiat diminum kerana tidak mengandungi bakteria yang berbahaya.


Susu segar yang dipasteurkan mempunyai jangka hayat yang lebih singkat berbanding susu UHT. Oleh sebab itulah susu segar yang dipasteur hendaklah disimpan ditempat sejuk beku untuk ketahanan yang lebih lama dan dicairkan apabila hendak diminum.

Susu UHT (Ultra High Temperature)

UHT atau Susu Ultra tinggi sekurang-kurangnya menggunakan suhu 135 deg Celcius digunakan untuk merawat susu dengan membunuh kandungan spora dan mikroorganisma dalam susu tersebut. Susu akan dipanaskan dalam masa 1 hingga 2 saat sahaja menggunakan teknik stim sebelum disejukkan dengan cepat dan dibungkuskan secara aseptik menggunakan bekas yang telah disterilkan.

Ramai orang yang memperdebatkan tentang keselamatan susu UHT kerana jangka hayat susu yang lama iaitu selama 5 – 6 bulan dan tidak perlu disejukkan sehingga ia dibuka.

Walau bagaimanapun, saintis mendapati ia selamat diminum cuma kandungan nutrisi sahaja yang tidak sebagus susu segar yang dipasteurkan. Sekiranya anda seorang ibu mengandung atau ibu yang menyusukan anak, anda perlu minum susu UHT dengan kadar yang banyak untuk mendapatkan nilai iodin yang sama dengan susu segar yang dipasteur.

Sumber:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1122464481459372&id=100010874922217
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1121975768174910&id=100010874922217
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1121621131543707&id=100010874922217

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel