Kelahiran ternakan adalah satu perkara yang menguntungkan buat para penternak, dan untuk itu, para penternak perlu tahu cara pengurusan kelahiran dengan lebih baik. Supaya tiada masalah yang akan berlaku, jika ada penternak mampu mengatasinya.
Saat kelahiran yang berlaku bukan sahaja pada keluarnya anak ternakan daripada rahim induk. Terdapat tiga (3) fasa yang terlibat, dan banyak mekanisma fisiologi badan yang terjadi, dan tempoh masa tertentu perlu dilalui. Dengan memahami fasa kelahiran ternakan ini, para penternak mampu menjaga induk serta anak yang baru lahir dengan baik. Berikut adalah tiga (3) fasa kelahiran ternakan:
Fasa pertama, pada fasa ini tindak balas badan yang berlaku adalah cervical (salah satu bahagian peranakan) mengembang. Kebiasaan ternakan akan menunjukan tanda-tanda keresahan, cecair vagina akan mula keluar dengan banyak, mengansingkan diri, suhu badan meningkat, duduk dan bangun lebih kerap, kurang makan dan banyak lagi tanda lain. Fasa yang menyakitkan.
Fasa kedua, ini adalah fasa yang dinanti-nantikan iaitu kelahiran anak. Fasa ini ternakan akan terbaring ataupun duduk, dan akan berlaku meneran (jika diperhatikan, penternak akan dapat lihat pola masa ternakan meneran), jika diambil mudah, kita tidak tahu keadaan anak yang akan keluar, adakah normal ataupun songsang kedudukannya. Apa fisiologi badan yang berkalu ketika ini? Lorong cervical mengembang sepenuhnya dan terbuka bagi laluan anak keluar, cecair amniotic (atau istilah mudah dipanggil sebagai air ketuban) keluar, dan akan akan keluar. Jika terlalu lama daripada tempoh masa normal, ambil tindakan yang sepatutnya secepat mungkin.
Fasa ketiga, fasa yang biasa dilepas pandang oleh penternak yang baru belajar, placenta (uri) keluar. Jika fasa ini tidak berlaku hubungi doktor veterinar bertauliyah bagi mengelakkan sebarang masalah yang lebih rumit. (Baca artikel sebelum ini bertajuk: Masalah Uri Ternakan Terlekat)
Berikut adalah jadual yang menunjukkan ringkasan tempoh masa fasa kelahiran yang dialami oleh ternakan:
Sumber rujukan:
1.  dummies.com
2. Normal parturition process in large animals (bovine) oleh waseem sabri, Student at UCV&AS IUB
3. imedpub.com, Parturition mechanisms in ruminants: A complete overview oleh Amir Hossein Asgari Safdar and Nasroallah Moradi Kor