Sepertimana yang diterangkan sebelum ini, secara umumnya, Sel Darah Putih (SDP) berfungsi sebagai sistem pertahanan badan ternakan. Aktiviti pertahanan ini boleh melibatkan kepada:
a) Menghalang jangkitan,
b) menghapus agen penyebab penyakit, dan
c) membaiki struktur tisu yang rosak.
Namun begitu, setiap jenis SDP ini mempunyai tugasan dan fungsi yang tersendiri,
Acidophils juga dikenali sebagai eosinophils telibat dalam pemulihan struktur yang rosak dan terlibat dalam alergi.
Basophils membebaskan histamine, ianya bahan kimia yang akan terlibat dalam proses menyembuh tisu yang telah rosak. Dalam keadaan yang normal, Basophils merupakan SDP yang paling sedikit jika dibandingkan dengan SDP jenis lain.
Neutrophils bertindak sebagai phagocytes. Ia akan memakan kesemua jenis pathogen seperti bakteria, protozoa dan juga virus. Kebiasaannya, Neutrophils banyak dikawasan organ seperti paru-paru apabila terdapat jangkitan dan juga dikawasan kantung nanah terbentuk. Neutrophils boleh dikatakan sebagai polis di dalam badan, dalam keadaan normal bilangan Neutrophils lebih banyak daripada SDP jenis lain.
Lymphocytes memainkan peranan yang penting bersama-sama Neutrophils, ia berfungsi dengan membantu badan mengesan pathogen, kemudian memproses dan menghasilkan antibodi. Lymphocytes pula dibahagikan kepada tiga (3) jenis sel, iaitu:
♦ B-Cells
♦ T-cells
♦ Natural killer cells (NKCs).
B-Cells: ia akan memproses dan menghasilkan spesifik antibodi terhadap. Mereka juga akan menyusun tindak balas imunisasi badan. Antibodies yang dihasilkan akan memusnahkan pathogens.
T-cells: Merupakan antara sel yang utama dalam sistem pertahanan badan, T-Cells mempunyai kebolehan untuk merekod data berkaitan dengan jangkitan yang pernah dihadapi oleh badan. Dan fungsi ini akan bertambah cemerlang dengan melaksanakan vaksinasi pada ternakan. Tanpa T-Cells, penggunaan vaksinasi tidak akan berkesan. Pada masa akan dating, jika berlaku jangkitan daripada pathogens yang sama, tindak balas badan (B-Cells dan Neutrophils) akan lebih berkesan dan pantas.
Natural killer cells: Sepertimana nama yang diberikan, ianya berfungsi untuk membunuh sel badan yang dijangkiti oleh pathogens. NKCs juga akan beredaran di dalam salur darah bagi menghapuskan pathogen yang tersembunyi.
Monocytes: Sel ini dikenali sebagai lapisan kedua pertahanan setelah sel-sel SDP yang lain. Sel ini akan membentuk menjadi macrophages apabila mereka berada di dalam tisu. Macrophages akan menelan apa sahaja bakteria dabn mikrob jahat lain. Dengan adanya monocytes, mereka membantu badan melawan pathogens yang menyebabkan penyakit dengan lebih berkesan.
Apabila ternakan sakit dan dijangkiti, bilangan SDP akan meningkat, dan ianya situasi ini dipanggil sebagai leukocytosis. Namun, peningkatan jenis SDP yang tertentu berkemungkinan boleh berlaku mengikut kepada jenis pathogens yang menyerang.
Peningkatan bilangan neutrophils dipanggil sebagai neutrophilia dan kekurangan neutrophils pula dipanggil sebagai neutropenia. Begitu juga lymphocytes, peningkatan bilangannya akan dipanggil lymphocytosis dan pengurangannya akan dipanggil sebagai lymphopenia (dan juga lymphocytopenia).
Sumber rujukan:
1. rnceus.com