Penyelarasan estrus 

Di dalam pengurusan program pembiakan akan ada perkiraan pemantauan kitaran biang (ataupun dikenali sebagai kitaran estrus), kitaran ini perlu dikenalpasti bagi memastikan peratusan kebuntingan ternakan meningkat. Untuk itu, disarankan buat para penternak untuk mengoptimasikan lagi pembiakan, jalankan program dalam bilangan ternakan yang lebih banyak, ketika itu akan ada ternakan yang mempunyai kitaran estrus yang tidak sama.  

Jadi untuk menyeragamkan dan selaraskan kitaran biang, kita perlu tetapkan protokol menyelaraskan estrus pada ternakan. Protokol untuk menyelaraskan estrus pada lembu dapat dilakukan dengan menggunakan hormon, tujuannya adalah supaya kita dapat mengatur kitaran fisiologi reproduksi ternakan. Ada beberapa kaedah popular yang biasa digunakan untuk menyelaraskan estrus pada lembu, diantaranya: 

  1. Protokol CIDR dan PGF2α: Protokol ini melibatkan pemberian implant progesteron selama 7-10 hari, dan diikuti dengan suntikan prostaglandin pada hari ke-7 atau ke-8. Setelah mengeluarkan implant progesteron pada hari ke-10, lembu akan memasuki estrus dalam 2-3 hari. 
  1. Protokol Ovsynch: Protokol ini melibatkan penggunaan suntikan GnRH pada hari ke-0, diikuti dengan suntikan prostaglandin pada hari ke-7. Kemudian, pada hari ke-9, lembu diberi suntikan GnRH kedua untuk mencetuskan ovulasi. 
  1. Protokol Heiferpro: Protokol ini melibatkan penggunaan implant progesteron selama 14 hari, diikuti dengan suntikan prostaglandin pada hari ke-12. Setelah mengeluarkan implant progesteron pada hari ke-14, lembu akan memasuki estrus dalam 2-3 hari. 

kaedah ini harus dilakukan dengan berhati-hati dan kita perlu kenal pasti adakah protokol yang dilakukan sesuai ataupun tidak untuk ternakan tersebut, sebaiknya protokol ini perlu dilakukan dengan pemantauan doktor veterinar. Perlu diingatkan juga bagi setiap lembu ianya adalah individu yang unik dan respons terhadap protokol untuk selaraskan estrus pasti akan ada sedikit perbezaan, mungkin ada yang awal, atau lewat dan mungkin ada yang mengikut masa yang telah ditetapkan. 

Ada pelbagai lagi kaedah untuk menyelaraskan estrus, namun diingatkan juga, prosedur seperti ini adalah sesuatu yang tidak alami, ianya dipaksa, sudah tentu akan ada kesan sampingan yang akan menyusul. 

02

#siripembiakanternakanlembu 

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel