Ternakan seperti lembu, kambing dan bebiri mempunyai struktur kuku yang membaluti setiap kaki. Dan kuku memainkan peranan yang penting dalam memberi keseimbangan badan secara tidak langsung membolehkan ternakan membesar yang baik. Akan tetapi, tidak kurang juga dengan masalah yang bakal dihadapi jika kuku ternakan mula rosak dan tidak normal. Ini menyebabkan kesihatan dan produksi ternakan mula terganggu.
Faktor permasalahan
Apa masalah yang akan berkait dengan kuku ternakan? Berikut senarai yang perlu diperhatikan jika kaki ternakan anda kelihatan tidak normal dan sakit;
- White Line Disease Abscess
- Laminitis
- Corkscrew Claw
- Non-foot (upper leg lameness)
- Digital Dermatitis
- Other condition
- Erosion (heel erosion)
- Separation (White Line Separation)
- Foot rot
- Thin Soles (excessive wear)
- Hemorrhage (sole hemorrhage)
- Ulcers (sole, toe, and heel)
- Interdigital Dermatitis
- Vertical wall crack (Sandcrack)
- Korn (interdigital fibroma)
Permasalahan ini boleh ditangani dengan lebih awal jika kita membuat pemantauan dan juga rawatan berkala, dan ia boleh bermula dengan sekecil perkara seperti ketidak seimbangan pemberian rumusan pemakanan (khususnya pada mineral), suasana tempat kurungan (kotor, ada benda tajam dan juga penuh dengan tinja yang lama), kuku ternakan yang terlalu panjang dan lain-lain faktor lagi.
Cara mengatasi
Pemberian makanan yang tidak mencukup boleh menyebabkan masalah ini, terutamanya berkaitan dengan mineral, antara mineral yang penting untuk kesihatan kuku ternakan adalah zinc, selenium dan copper, kesemua mineral ini sudah ada dalam rumput namun dibimbangi masih tidak juga mencukupi, jadi dicadangkan untuk anda mencari beberapa produk mineral premix ataupun mineral blok yang sedia ada dipasaran.
Kawasan kurungan yang selesa, bersih dan selamat perlu disediakan oleh penternak sepertimana yang disenaraikan element dalam kebajikan ternakan. Tinja yang telah lama terkumpul boleh terurai dan menjadi baja organic, namun dalam proses penguraian tinja terdapat beberapa perubahan yang akan berlaku antaranya suhu tinja akan meningkat, pelepasan ammonia, pH tinja juga akan berubah dan kesemua perubahan ini boleh menyebabkan kuku ternakan terkesan ditambah lagi dengan keadaan pembiakan bakteria yang semakin aktif. Disarankan kebersihan lantai tempat kurungan dilakukan sekerap mungkin, ditabur juga dengan kapur atau semburan E.M untuk mengstabilkan keadaan tempat kurungan supaya lebih selamat untuk kuku ternakan.
Rawatan
- Antara rawatan yang boleh dilakukan adalah dengan membuat pemotongan kuku ternakan, kerja ini perlu dilakukan oleh orang yang profesional dan mahir.
2. Selain itu rawatan juga boleh dilakukan dengan membuat rendaman kaki dengan beberapa bahan, antaranya Copper Sulfate, Zinc Sulfate, Formalin dan juga antibiotik. Dan kaedah ini juga perlu dilakukan dengan perbincangan doktor veterinar yang berdekatan dengan anda, kerana bahan-bahan yang digunakan mempunyai kecenderungan toksik pada ternakan.
Kesimpulan
Kuku ternakan menjadi satu anggota badan yang begitu penting dalam pembesaran, pembiakan dan juga kesihatan ternakan. Masalah kuku boleh menyebabkan ternakan tidak mempunyai selera makan yang baik dan ini akan menyebabkan produktiviti ternakan menurun, secara tidak langsung menyebabkan ekonomi ladang menjadi teruk. Sentiasa pastikan ternakan anda mendapat makanan yang seimbang dan juga berada di dalam kawasan yang selamat, bersih dan juga selesa.
Sumber rujukan:
Manual Of Foot Care In Cattle By Jan Shearer, Dvm, Sarel Van Amstel, Dvm & Adrian Gonzalez, Dvm, Hoard’s Dairyman
An Effective Footbath Decreases Costs, Lameness in Cows by Dr. Arturo Gomez, DVM, https://www.zinpro.com/an-effective-footbath-decreases-costs-lameness-in-cows/
Foot Rot in Cattle, By Rosslyn Biggs, Barry Whitworth, John Gilliam, Meredyth Jones, David Lalman, https://extension.okstate.edu/fact-sheets/foot-rot-in-cattle.html
Artikel ini ditaja oleh Pak Din dari Ladang Ad-Deen, bagi yang mahu mendapatkan perkhidmatan beliau boleh berhubung melalui whatsapp https://wasap.my/60132833059/