Masalah Kembung (Bloat)

Bloat, ruminal tympany dan kembung, adalah keadaan pengumpulan gas yang berlebihan dalam rumen dan retikulum. Masalah ini agak rumit disebabkan tiada tanda awal yang serius kelihatan. Kembung juga merupakan kejadian yang biasa boleh berlaku pada lembu, kambing bebiri dan pada haiwan ternakan yang ada sistem pencernaan yang komplek  (malah pada kebanyakan ternakan) dan dalam kes yang teruk, jika tidak dirawat dengan lebih awal, ia boleh menyebabkan kematian pada ternakan dan kerugian pada penternak. Terdapat dua jenis kembung – bloat frothy dan bloat gas.

Frothy Bloat

Kembung berbuih berlaku apabila ternakan memakan kekacang, rumput yang kaya protein atau diet yang berlebihan. Buih yang stabil terbentuk di dalam rumen, buih yang stabil ini akan memerangkap gas yang dihasilkan oleh proses fermentasi (penapaian) biasa, dan gas tidak dapat dilepaskan. Kembung berbuih ini biasanya kerap terjadi pada ternakan yang berubah jenis makanan, yang kurang bergerak dan menjadi lebih teruk jika ternakan tersebut lapar dan makan dalam keadaan yang gelojoh. Ternakan ini boleh menghadapai masalah kembung dengan cepat dan mungkin ditemui mati di ladang tanpa disedari.

Bloat Gas

Kembung gas bebas berlaku apabila terdapat halangan fizikal dan gas terperangkap di dalam rumen. Ia mungkin boleh berlaku apabila ternakan terbaring lama (disebabkan sakit) menyebabkan cecair di dalam rumen menutupi jalan keluar gas (kardia dari rumen menuju ke usus). Kembung gas bebas mudah didiagnosis menggunakan saluran tiub perut, yang akan melepaskan gas yang terperangkap jika terdapat kembung gas bebas. Kembung gas bebas yang kronik boleh berlaku apabila terdapat masalah jangka panjang dengan erosi, seperti gangguan pada saraf yang menghidupkan rumen (saraf vagus) dan masalah usus terpintal.

Tanda-tanda Klinikal;

  1. Pengembangan (menjadi besar) pada bahagian kiri perut, terutamanya pada fossa paralumbar
  2. Dengan menggunakan stetoskop pada dinding perut kita boleh mendengar bunyi rumen yang tidak normal (gas bebas kembung)
  3. Pengurangan kontraksi dan pergerakan rumen (kekuatan dan kekerapan)
  4. Kes yang teruk mungkin menunjukkan pernafasan yang sukar dilakukan, anoreksia, penghentian erosi, kolik, mengejutkan, muntah, rebah dan mati

Rawatan

Kembung gas bebas, jika parah, adalah keadaan darurat ianya boleh mengancam nyawa, dan gas harus dikeluarkan secepat mungkin. Masalah ini boleh diselesaikan menggunakan saluran tiub perut, tetapi jika teknik ini gagal maka penggunaan troka kanula mungkin diperlukan. Oleh kerana kembung gas bebas adalah tanda penyakit, pencarian penyebab kembung diperlukan, boleh jadi disebabkan oleh pemakanan. Sekiranya ianya disyaki disebabkan oleh jangkitan bakteria, antibiotik mungkin perlu digunakan. Ubat-ubatan anti-radang mungkin digunakan jika terdapat petunjuk proses keradangan yang jelas (seperti demam, radang paru-paru, dan lain-lain).

Frothy bloat juga merupakan keadaan kembung tidak mudah untuk diselesaikan, kerana buih yang stabil akan memerangkap gas di dalam rumen, menggunakan teknik tiub perut atau troka kanula tidak akan menyelesaikan masalah ini. Segera hubungi doktor veterinar anda dan sementara itu biarkan haiwan bergerak supaya gas dapat keluar perlahan-lahan. Untuk memecahkan buih-buih dalam rumen, kita memerlukan minyak mineral, non-ionic surfactant, dan lain-lain. Rumen tersebut hendaklah dikosongkan sepenuhnya untuk mengelakkan berulang. Pengurusan pemakana ternakan harus disusun kembali dan elakkan beri makanan yang menyebabkan ternakan kembung secara berlebihan.

Sumber rujukan

Bloat in Beef Cattle March 2012 https://beef.unl.edu/cattleproduction/bloat-beefcattle#:~:text=Bloat%20is%20a%20form%20of,in%20gas%20accumulation%20or%20bloat.

Bloat in Ruminants (Ruminal tympany) By Peter D. Constable , BVSc (Hons), MS, PhD, DACVIM, College of Veterinary Medicine, University of Illinois at Urbana-Champaign Last full review/revision May 2015 | Content last modified May 2015 https://www.msdvetmanual.com/digestive-system/diseases-of-the-ruminant-forestomach/bloat-in-ruminants

Bloat In Cattle https://www.thecattlesite.com/diseaseinfo/199/bloat-in-cattle/

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel