Kriteria Pemilihan Baka Kambing Ternakan Anda

Pemilihan baka adalah salah satu perkara yang perlu dipertimbangkan bagi mengoptimumkan potensi ladang. Namun apakah itu baka ternakan? Secara ringkas, ainya adalah maklumat berkenaan keturunan ternakan yang menzahirkan ciri-ciri yang sama dan dijenamakan sebagai “baka tertentu” melalui genetik. Baka yang sama mempunyai banyak persamaan dalam pengurusan ladang, sehinggalah kepada kadar pengeluaran yang sama. Kepelbagaian baka dalam satu ladang yang sama akan menyebabkan sesetengah aktiviti terganggu. Sebagai contoh, saanen dan boer adalah dua baka yang berbeza. Dari segi kadar kelahiran dan juga pembesaran juga berbeza, tidak lagi dilihat pada aspek pengurusan makanan.

Baka kambing mana yang terbaik untuk diternak? Ada yang akan berkata baka tempatan (Katjang) ada yang kata baka luar (seperti Boer dan Saanen) yang popular mampu memberi hasil yang lebih lumayan. Tapi kadar kematian dan sakit rendah pada baka tempatan jika dibandingkan dengan baka luar. Kadar pembesaran baka luar adalah lebih cepat jika dibandingkan dengan baka tempatan. Kadar kelahiran dan kembar adalah lebih tinggi pada baka tempatan dan rendah pada baka luar.

Sebagai seorang penternak anda akan memahami kelebihan dan kelemahan sesetengah baka ternakan, anda perlu memanfaatkan pengetahuan tersebut. Memanfaatkannya untuk keuntungan dan menjana pendapatan yang lebih lumayan. Sesetengah penternak memiliki ternakan adalah sekadar hobi, ada yang berperinsipkan keuntungan, dan banyak lagi tujuan maisng-masing. Apa penentuan yang boleh ditetapkan agar anda memilih baka ternakan yang tepat?

Berikut adalah kriteria yang anda boleh ikut;

  1. Target penghasilan:
    • Pedaging
    • Tenusu
    • Pembaka
  2. Kadar pembesaran:
    • Tinggi
    • rendah
  3. Kadar Kelahiran:
    • Kembar
    • Satu anak
  4. Kadar kebuntingan:
    • Tinggi
    • Rendah
  5. Kadar kematian:
    • Tinggi
    • Rendah
  6. Daya tahan persekitaran:
    • Tahan penyakit
    • Tidak tahan penyakit
  7. Nilai Pasaran:
    • Mudah dijual?
    • Permintaan tinggi?

Kriteria yang jelas untuk dipilih akan menemukan anda dengan baka ternakan yang lebih tepat. Persediaan kandang dan juga bahan makanan ternakan boleh dilakukan dengan kadar yang mencukupi dan boleh mengelakkan membazir pada perkara yang tidak patut. Sebenarnya banyak lagi kriteria lain, tapi anda sendiri lebih tahu kehendak isi hati anda. Persoalan terakhir, bagaimana nak dapatkan baka kambing tersebut? Jawapannya, carilah dan teliti mana-mana penjual ternakan yang boleh dipercayai, bukan saja pada harga mahal atau murah, lihat dahulu kualiti ternakan yang anda ingin beli.

Sumber rujukan:
1. Module 5 – Goat selection and breeding, mla.com.au
2. Raising Goats: How to Choose a Breed, 2012, owlcation.com
3. Jennifer Sartell, Choosing the Right Goat Breed, 2018, info.mannapro.com
Baca juga artikel Memahami Ilmu Genetik Ternakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *