Aktiviti penternakan dilakukan dengan harapan memberi pulangan yang lumayan, namun aktiviti ini dikelaskan sebagai komoditi, ianya naik dan turun, apa sahaja boleh berlaku. Menunggu hasil penternakan memakan tempoh yang agak lama, dengan itu para penternak boleh melakukan aktiviti yang akan boleh memberi hasil sampingan.
Tanaman kontan mampu memberi pulangan pada masa yang singkat. Jenis tanaman yang mempunyai tempoh penanaman diantara 3 bulan hingga 6 bulan sesuai dijadikan sebagai hasil sampingan ladang. Jenis Sayuran antara tanaman yang mendapat permintaan seperti;
- Jagung
- Ubi
- Labu
- Lada/cili
- Serai
- Terung
- Timun
- Bendi
Dan pelbagai jenis lagi, namun sebelum memulakan penanaman disarankan untuk anda mengkaji pasaran terlebih dahulu. Melihat kepada statistik tanaman yang dikeluarkan pada tahun sebelum ini, dan berbincang bersama pegawai yang berkenaan akan memberi manfaat pada peluang dan juga penyelesaian masalah.
Para penternak boleh menghasilkan baja organik atau baja kompos menggunakan tinja ternakan. mengintegrasikan produk ternakan dan juga tanaman pada masa yang sama akan mengurangkan kos operasi ladang.
Para penternak perlu bijak mengatur langkah pelaburan dalam masa yang sama mengutip hasil ternakan.
Sumber Rujukan:
1. www.doa.gov.my
2. portal.myagro.moa.gov.my
3. www.cilibangi.com