Masalah Kembung Pada Ternakan Ruminan

Kembung adalah keadaan dimana kandungan gas dalam rumen-reticulum tidak dapat dikeluarkan, tidak sepertimana berada dalam keadaan normal gas tersebut akan keluar sewaktu proses pencernaan berjalan. Keadaan ini boleh berlaku disebabkan penghasilan gas yang pantas ataupun terdapat penghalang pengeluaran gas tersebut. Sepertimana yang dibincangkan dalam masalah demam susu yang boleh berlaku kembung, disebabkan kurang pergerakan organ pencernaan. Keadaan ini menyebabkan ternakan sukar untuk bernafas apabila tekanan yang kuat telah menghimpit ruangan paru-paru untuk mengembang.

Langkah rawatan yang boleh dilakukan, sebelum itu pastikan anda tahu apakah jenis kembung yang berlaku. Dapatkan nasihat daripada doktor veterinar bertauliyah yang berdekatan dengan anda. Antara langkah awal yang boleh anda ambil, masukkan tube getah ke dalam rumen untuk mengeluarkan gas yang terkumpul. Langkah tersebut boleh mengeluarkan gas dengan pantas, namun anda perlu fahami struktur anatomi ternakan anda, dibimbangi tube getah tersebut masuk ke rongga paru-paru. Penggunaan  trochar dan cannula juga boleh menghilangkan gas terkumpul dengan pantas, alat tersebut perlu dicucuk pada bahagian sisi badan yang terletaknya rumen.

Kebiasaan masalah kembung berulang boleh berlaku pada kembung jenis “frothy” boleh dirawat dengan mengunakan bahan atau ubatan seperti antibloat ataupun dbloats. Kembung yang berlaku disebabkan masalah pemakanan ini perlu diperhatikan dengan lebih kerap. Terdapat juga masalah kembing yang berlaku disebabkan usus terpintal, masalah ini memerlukan pembedahan.

Masalah kembung boleh menyebabkan kematian jika tidak diambil langkah rawatan yang pantas. Jadi, anda perlu lakukan langkah pencegahan,  dengan mengawal dan menghadkan pemakanan dedak ataupun pellet, kerana ianya akan menggangu pH normal rumen ternakan (kekalkan pemberian pellet pada 20% sahaja), tingkatkan lagi kandungan fiber dalam pemakanan ternakan, kurangkan penggunaan antibiotik yang menyebabkan kematian bakteria baik dalam sistem rumen ternakan, dan pastikan ternakan anda dapat mineral yang mencukupi mengikut peringkat pertumbuhan ternakan.

Masalah kembung, adalah masalah yang boleh diselesaikan apabila anda mengesannya dengan lebih awal. Masalah ini berkemungkinan boleh berlaku dengan cepat ataupun mengambil masa dalam satu hingga ke dua hari setelah faktor penyebab (pemakanan) diberikan kepada ternakan. Anda juga boleh amalkan pemberian herba yang telah dikaji khasiatnya kepada ternakan seperti pemberian daun Mallothus biaceae (nama tempatan anda boleh selidik terbelih dahulu).

Sumber rujukan:
1. Peter D. Constable , BVSc (Hons), MS, PhD, DACVIM, College of Veterinary Medicine, University of Illinois at Urbana-Champaign, Bloat in Ruminants, 2015, msdvetmanual.com
2. Bloat in Cattle, Also known as: Ruminal Tympany, farmhealthonline.com
Baca juga artikel Sistem Pencernaan Ruminan

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel