Pengasingan Anak dan Induk Untuk Ruminan Kecil

Sumber: Walden Effect

Keputusan untuk mengasingkan anak ternakan daripada induk (cerai susu) perlulah dinilai dan diambil kira berkaitan dengan kebajikan ternakan. Jika kita kedekut dengan ternakan, pasti sama sekali ternakan juga kedekut dengan kita, penghasilan akan berkurangan. Terdapat banyak sudut yang perlu kita perhatikan untuk menghentikan penyusuan anak ternakan ini. Sebelum itu, penyusuan anak ternakan amatlah penting bagi prestasi pembesaran anak ternakan yang optimum. Nutrisi yang cukup, melalui kuantiti susu yang cukup akan merangsang anak ternakan untuk terus sihat dan membesar dengan baik. 

Namun begitu, penyusuan anak ternakan boleh dihentikan disebabkan beberapa faktor, sudah pasti untuk kebaikan induk dan juga anak ternakan. Berikut adalah penilaian yang perlu difikirkan untuk memberhentikan penyusuan anak ternakan:

Berat badan 

Keperluan susu untuk anak ternakan adalah sebanyak 10 peratus daripada berat badannya. Peningkatan berat badan yang drastik memberi makna keperluan susu untuknya juga meningkat. Anda perlu menetapkan berat badan anak ternakan yang sesuai untuk diasingkan daripada induk, sebagai contoh berat badan yang perlu diasingkan bagi anak kambing atau pun bebiri apabila melepasi 18 hingga 22 kg. 

Penghasilan susu 

Penternak perlu tahu tahap penghasilan susu induk pada satu-satu masa, jika 2L yang dihasilkan, jika penghasilan susu menurun pada 50 peratus adalah ianya tidak menjadi titik kebimbangan pada anda? Penternak perlu bersedia dengan susu tambahan dalam bentuk debu ataupun diperah daripada induk lain. Keputusan pengasingan  pada saat itu perlu dilakukan bagi mengelakkan anak ternakan tidak mendapatkan susu yang mencukupi dan tidak membebankan induk untuk penghasilan susu.

Tempoh pengurusan

Kebiasaan anak ternakan akan mula berdikari berasingan dengan induknya apabila melepasi 3 bulan bagi anak kambing ataupun bebiri. Jika melebihi 3 bulan, keperluan untuk induk biang akan berlaku (peningkatan hormon pembiakan akan berlaku) dan induk tersebut telah bersedia untuk menjalani program pembiakan. Jika pada tempoh tersebut anak ternakan masih lagi bersama induknya, kehadiran hormon tersebut akan terganggu, adalah lebih baik diasingkan anak ternakan daripada induknya. Lihat juga pada berat badan yang sesuai, jika telah melepasi pada tempoh 2 bulan, elok diasingkan jua.

Kesihatan induk

Induk adalah aset yang sangat penting, tidak kurang juga anak yang baru lahir. Namun, kesihatan induk tidak boleh diketepikan lagi, masalah kesihatan biasa yang boleh berlaku berkaitan dengan kelahiran anak ternakan seperti mastitis dan demam susu. Rawatan perlu dilakukan dengan pantas dan berkesan, anak ternakan perlu diasingkan daripada induk supaya rawatan tidak terganggu.  Dapatkan pandangan rawatan daripada doktor veterinar bertauliah berdekatan dengan anda.

Banyak lagi penilaian lain yang perlu dibuat keputusan pengasingan ini. Untuk itu, anda perlu lakukan pemerhatian yang kerap pada ternakan anda. Apa keperluan, apa kesesuaian yang perlu diatur, keputusan adalah ditangan anda. Kebajikan ternakan anda perlu dijaga. Sekali lagi, jika kita kedekut dengan ternakan, pasti sama sekali ternakan juga kedekut dengan kita. 

Sumber rujukan:
1. G.A. Abou Ward, M.A. Tawila, M. Sawsan, A.A. Gad, Abedo and Soad El-Naggar, Department of Animal Production, National Research Center, Dokki,Giza, Egypt, Effect of Weaning Age on Lamb’s Performance, World Journal of Agricultural Sciences 4 (5): 569-573, 2008, idosi.org
2. Suzanne W. Gasparotto, WEANING KIDS, Onion Creek Ranch, Texas, 2018, tennesseemeatgoats.com
3. Dean A. Risa, Southwestern Technical College, Pipestone, Minnesota, WEANING LAMBS AT 30 DAYS OF AGE, ansci.wisc.edu
4. MELANIE BARKLEY, extension educator, livestock, Weaning Practices Limit Stress to Ewes and Lambs, 2014, extension.psu.edu
Baca juga artikel Perkembangan Empat Bahagian Perut Anak Lembu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *