Memahami Ilmu Genetik Ternakan

Pembiakan merupakan elemen penting dalam penternakan yang akan membawa hasil atau pulangan yang lumayan kepada penternak bagi memenuhi pasaran dan permintaan penguna. Hasilan pembiakan yang melalui proses yang lebih sistematik mempunyai nilai yang tersendiri dengan lahirnya baka-baka ternakan yang premium.

Melalui sistem ini, pasti ilmu genetik perlu didalami terlebih dahulu dan mengamalkan etika pembiakkan yang penuh disiplin. Pengurusan genetik ternakan perlu dilakukan mengikut objektif pembiakkan ladang, dan penetapan objektif yang jelas akan membantu penternak memilih keperluan dan cara agar objektif tercapai (sudah pasti objektif boleh ditukar mengikut permintaan pasaran semasa).

Terdapat beberapa kreateria yang boleh digunakan, pertama nilai genetik bermutu tinggi (pertumbuhan dan pembesaran, daya tahan penyakit, penghasilan yang tinggi) dan tahap kesuburan yang baik (anak kembar dan kelahiran yang senang). Maka dengan adanya objektif yang jelas dan pengurusan yang sistematik, maka persatuan penternak (diluar negara Malaysia) mula menggunakan istilah full blood dan pure blood (pure breed).

Apa bezanya “full blood” dan “pure blood”?

Istilah FB (full blood) dan PB (pure blood) didalam Bahasa Inggeris, dan istilah ini adakala disalah tafsir dan ada segelintir yang mengambil kesempatan terhadap istilah ini. FB merupakan istilah yang diberikan untuk baka ternakan yang direkod salahsilah keturunan (pedigreed) dan menunjukan ciri-ciri keaslian (identiti) ternakan tersebut, maklumat genetiknya tidak bercampur dengan baka lain dan menunjukkan genetiknya mempunyai ciri-ciri yang stabil, anak yang lahir memperlihatkan ciri-ciri yang sekata. PB pula merujuk kepada keturunan ternakan yang melalui proses selective breeding antara ternakan yang berstatus FB dengan baka yang lain, dan masih menonjolkan ciri-ciri baka FB (kebanyakan persatuan ternakan menetapkan peratusan FB sebanyak 87.5% ke atas pada PB), namun genetiknya tidak stabil. Dimana jika dikahwinkan PBxPB tidak mengeluarkan ciri-ciri yang sama.

                                                                                                            Sumber: double8cattle.com

Bagaimana pula harganya? Sudah tentu harga FB dan PB berbeza. Kebaikan daripada merekod aktiviti ladang ini boleh dijadikan satu aset intelek (perlu didaftar jika mahu) yang boleh diwariskan kepada pengurus ladang dan juga kepada tuan punya ternakan yang baru.
*Jika definisi istilah FB dan PB masih kurang jelas, boleh klik pada sumber rujukan.

Apa sebenarnya yang direkodkan? 

Apa yang direkodkan itu bergantung kepada pengurusan ladang masing-masing, namun boleh disimpulkan mengikut senarai ini:

  1.   Breeding selection.
  2.   Crossbreeding program.
  3.   Kadar kelahiran.
  4.   Kadar kebuntingan.
  5.   Prestasi pembesaran (Berat Lahir).
  6.   Ai Program (baka benih dan ibu yang digunakan).
  7.   Body Score.
  8.   Program pemakanan.
  9.   Pembelian pembaka.
  10.   Breeding soundness.

Breeding selection (pemilihan baka) dan program crossbreeding (kawin silang) merupakan penyelamat kepada taraf premium nilai genetik ternakan. Dan penggunaan 2 program ini ataupun melalui program pembakaan biasa, akan lahir F1,F2,F3,F4 dan seterusnya.

Ala…apa itu F1,F2,F3,F4 dan seterusnya.

Dari mana datangnya istilah F1? Secara ringkas disebut F1 mudah, namun tidak tahu istilah penuhnya merugikan kita dalam memahami
sejarah ilmu genetik. F merujuk kepada “filial” yang berasal dari perkataan fīliālis asal filius/filia (Latin) yang bermaksud anak.  Untuk memudahkan penulisan dan merekod (aktiviti penting) para pengkaji membudayakan penulisan F1,F2 dan seterusnya. Menggunakan islilah ini memberi makna pembawaan nilai kandungan genetik yang dibawa boleh generasi F tersebut. Nilai yang dibawa akan melahirkan ciri-ciri
baka yang dibawa melalui allele yang berpasangan (heterozygotes dan homozygotes).

generation  heterozygotes %  homozygotes %  genetic value 
f1  50  50  100 
f2  25  75  100 
f3  12.5  87.5  100 
f4  6.25  93.75  100 
f5  3.125  96.875  100 
f6  1.5625  98.4375  100 
f7  0.78125  99.21875  100 
f8  0.390625  99.609375  100 
f9  0.1953125  99.8046875  100 
f10  0.09765625  99.90234375  100 
f11  0.048828125  99.95117188  100 
f12  0.024414063  99.97558594  100 
f13  0.012207031  99.98779297  100 
f14  0.006103516  99.99389648  100 
f15  0.003051758  99.99694824  100 
f16  0.001525879  99.99847412  100 
f17  0.000762939  99.99923706  100 
f18  0.00038147  99.99961853  100 

Nota: heterozygotes adalah pasangan chromosome yang membawa allele berbeza, homozygotes adalah pasangan chomosome yang membawa allele yang sama, allele adalah gumpalan gene yang membawa ciri baka (ayat paling mudah).

Jadi apa pentingnya F1,F2,F3,F4 dan seterusnya pula kepada penternak? Sudah tentu kita boleh membuat keputusan dan menilai prestasi
ternakan kita dengan lebih tepat, setiap generasi  akan ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.

Jika kita mengetahui status ternakan itu adalah F1 dan F2, kita boleh menguruskan nilai genetik baka tersebut dengan baik. Ciri-ciri
idaman yang diimpikan dapat direalisasikan ke dunia yang nyata ini. Pengiktirafan status ternakan ini perlu dilakukan oleh badan atau pertubuhan yang boleh dipercayai oleh semua orang di Malaysia (atau diperingkat antarabangsa).

Hurm, persoalannya adakah F6 dan seterusnya boleh dikatogorikan kepada FB atau PB? Atau nilai genetiknya telah jatuh? kalau naik adakah berbaloi?. Sebagai seorang penternak, produk akhirnya adalah pada hasilan ternakan (daging ataupun susu), ada apa pada nilai genetik?

 

 

Sumber Rujukan: 
1. cattletoday.com 
2.kdcomm.net 
3.knowledgebank.irri.org
4.boergoatvilla.blogspot.com 
5.double8cattle.com 
Baca juga artikel Penilaian Kondisi Badan Ternakan

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel