Sebagai seorang penternak tidak boleh tidak mengelak daripada menggunakan antibiotik pada ternakan yang sedang sakit. Penggunaan ubatan yang tidak terkawal, tanpa saranan pihak profesional menyebabkan AMR terjadi. Bagaimana ini boleh terjadi? Dan apakah AMR ini?
Antimicrobial Resistance atau singkatannya AMR adalah situasi yang terjadi kepada bakteria dan fungus yang mula mempunyai kelebihan menghadapi ubat yang akan menghapus mereka. Â Hal ini boleh terjadi apabila penggunaan ubatan (terutamanya antibiotik) tidak mengikut tatacara yang betul, seperti penggunaan jenis antibiotik yang tidak sesuai pada jenis bakteria yang menyerang, dan tempoh penggunaan dan dose ubatan yang digunakan kurang atau melebihi.
Masalah ini bukan hanya terjadi sekarang, namun telah bermula pada 1910 apabila Salvarsan telah dilaporkan telah mengalami kerintangan dan tidak lagi berkesan. AMR adalah ancaman dalam diam buat manusia, ternakan dan lain-lain hidupan. Keseimbangan dalam kehidupan perlu diusahakan dengan mengamalkan pencegahan dan mengawal sebarang penyakit dengan berhemah.
Para penternak perlu merekod, dan memantau penggunaan ubatan dengan lebih teliti. Anda mungkin perasan ada seketika ada ternakan yang tidak berkesan dengan antibiotik yang ada berikan. Bayangkan jika tiada lagi antibiotik yang anda boleh gunakan untuk merawat ternakan anda dan juga diri anda.
Sumber rujukan:
1. Antibiotic / Antimicrobial Resistance (AR / AMR), cdc.gov
2. Antimicrobial resistance, who.int
3. Wondered what is Antibiotic Resistance? If yes, find the answers, medyhealth.com