Artikel ini membincangkan panduan tentang bagaimana penternak boleh memperolehi potensi penuh makanan ternakan mereka dari silaj . Silaj merujuk kepada penyimpanan tanaman keseluruhan, seperti, napier, jagung, padi atau gandum, untuk dijadikan makanan ternakan melalui proses fermentasi. Pengurusan yang baik adalah kunci untuk memastikan silaj yang berkualiti tinggi dan nutrien yang mencukupi untuk ternakan.
Langkah-langkah untuk mencapai potensi penuh dari silaj:
1. Pemilihan tanaman yang sesuai:
– Memilih jenis tanaman yang sesuai untuk silaj adalah langkah pertama yang penting. Tanaman seperti jagung, gandum, dan barli adalah antara pilihan yang baik kerana mereka mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dan mudah untuk difermantasikan.
2. Penanaman dan penuaian:
– Penanaman tanaman silaj memerlukan perancangan yang baik untuk memastikan pertumbuhan yang optimum. Pengurusan tanah, penggunaan baja, dan kawalan perosak yang betul adalah kritikal.
– Penuaian pada masa yang tepat adalah penting untuk memastikan kandungan nutrien yang maksimum. Tanaman harus dituai ketika kandungan kelembapan dan nutrien berada pada tahap yang optimum.
3. Proses penuaian dan penyimpanan:
– Tanaman yang dituai perlu dicincang dengan saiz yang sesuai untuk mempercepatkan proses fermentasi dan memudahkan penyimpanan.
– Penyimpanan silaj dalam silo yang kedap udara adalah penting untuk memastikan fermentasi anaerobik yang baik. Udara yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan dan akan berlakunya kehilangan nutrien.
4. Penggunaan inokulan (E.M):
– Penggunaan inokulan dalam proses penghasilan silaj boleh membantu meningkatkan proses fermentasi dengan memperkenalkan bakteria asid laktik yang baik. Inokulan membantu mengurangkan pH dengan cepat dan mengurangkan risiko kerosakan.
5. Pemantauan dan pengurusan silaj:
– Pemantauan silaj secara berkala adalah penting untuk memastikan tiada kerosakan berlaku. Silaj yang berkualiti tinggi harus mempunyai bau yang segar dan berasid, warna yang terang, dan tekstur yang lembut.
– Pengambilan silaj oleh ternakan harus dipantau untuk memastikan mereka menerima nutrien yang mencukupi dan tiada masalah kesihatan yang timbul.
Manfaat silaj keseluruhan tanaman:
Kualiti nutrien yang tinggi:
– Silaj keseluruhan tanaman menyediakan sumber makanan yang seimbang dengan kandungan tenaga, protein, dan serat yang tinggi.
Kebolehan penyimpanan yang baik:
– Silaj yang difermantasikan dengan baik boleh disimpan untuk jangka masa yang panjang tanpa kehilangan kualiti.
Peningkatan produktiviti ternakan:
– Ternakan yang diberi silaj berkualiti tinggi menunjukkan peningkatan dalam berat badan, pengeluaran susu, dan kesihatan keseluruhan.
Mencapai potensi penuh silaj memerlukan perancangan dan pengurusan yang teliti dari peringkat penanaman hingga penyimpanan. Dengan pemilihan tanaman yang sesuai, proses penuaian yang tepat, penggunaan inokulan, dan pemantauan yang berterusan, penternak boleh memastikan silaj yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi, ianya mampu menyediakan nutrien yang mencukupi untuk ternakan mereka. Ini bukan sahaja meningkatkan produktiviti ternakan tetapi juga memastikan penggunaan sumber daya yang lebih efisien, dan akan menjamin keuntungan ladang.
Sumber rujukan: Cattle Site, https://www.thecattlesite.com/articles/achieve-full-feed-potential-from-wholecrop-silage