Mengesan tanda biang ternakan

Kecekapan mengesan tanda biang menjadi salah satu faktor penting untuk menjayakan program kebuntingan ternakan. Kadar kejayaan pengesanan sebanyak 80 hingga 85 peratus perlu dicapai supaya program yang dibuat berbaloi dengan hasil yang akan diterima nanti.

Bagi memastikan peratusan pengesanan tanda biang ini Berjaya dibuat, seharusnya kita memasukkan ternakan yang sekurang-kurangnya 50 hari selepas beranak, bebas daripada gangguan masasalah ovari, pyometra atau jangkitan saluran pembiakan yang lain, dan juga yang tidak bunting. Seterusnya, ternakan mestilah mempunyai keadaan yang baik, tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk.

Jadual 1 daripada penyelidik Universiti Cornell menerangkan peratusan lembu yang menunjukkan tanda-tanda panas pada waktu yang berbeza sepanjang hari.

Tempoh

Induk ternakan kebiasaannya mempunyai tempoh kitaran biang selama lebih daripada 21 hari, pemerhatian yang berkala akan membantu ketepatan jumlah hari yang akan melengkapi kitaran biang ternakan. Catatan bekenaan tingkah laku dan aktivti ternakan perlu dibuat sepanjang tempoh untuk penetapan hari biang ternakan. Ada yang mempunyai tempoh biang selepas 21 hari, dan ada juga yang lagi panjang selepas 25 hari. Dan jika ada keperluan, penternak perlu melakukan program penyelaran estrus pada ternakan, supaya kejayaan program kebuntingan ternakan akan menjadi lebih tinggi.

Waktu sesuai untuk program AI

Tanda

Secara keseluruhannya, majoriti besar lembu menunjukkan tanda-tanda estrus pada waktu yang paling tidak sesuai bagi pengesanan biang yang tepat. Fakta ini sendiri dianggap sebagai penyebab utama ketidakcekapan pengesanan biang. Banyak lembu yang mempunyai “estrus berdiri” dari tengah malam hingga 6 pagi boleh dikesan sebagai mempunyai tanda-tanda estrus “sekunder” pada waktu pengesanan panas biasa pada malam sebelumnya.

Antara tanda-tanda estrus sekunder termasuklah;

(1) keinginan untuk menunggang ternakan lain, walaupun tidak ada lembu yang sanggup berdiri untuk dinaiki,

(2) bahagian belakang ekor kelihatan comot, kasar atau kotor pada punggung, yang merupakan bukti bahawa ternakan lain telah cuba menungganginya,

(3) gelisah, yang mungkin menunjukkan bahawa seekor lembu akan memperlihatkan estrus (ternakan dalam pr-estrus mungkin bersuara lebih daripada biasa, berjalan keliling pagar, menghidu atau menjilat ternakan lain) dan

(4) pelepasan lendir jernih yang pekat yang mungkin melekat dari faraj atau disapu di bahagian tulang pinggul atau punggung seekor ternak yang akan mengalami estrus atau yang sudah berada dalam estrus.

Lendir berdarah sering muncul 2-3 hari selepas estrus berlaku dan seharusnya direkodkan untuk mengawasi dengan teliti panas dalam tempoh 17-21 hari yang akan datang.

Sumber rujukan:

A.I. Management Manual (2nd Edition) American Breeders Service, DeForest WI.

“Estrous synchronization and artificial insemination in beef herds.” (1988). Virginia Cooperative Extension Service. Publication 400-034. Blacksburg, VA.

“Recommended minimum standards for artificial insemination training.” (1988). National Association of Animal Breeders. Columbia, MO.

“Semen – handle with care.” (1987). Virginia Polytechnic Institute, Blacksburg, VA.

Iklan:

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel