Sumber gambar: news24.com
Berikut adalah beberapa penyakit yang berkaitan dengan pembiakan yang biasanya terjadi pada lembu betina:
1. Infertiliti: keadaan di mana lembu betina tidak dapat bunting ataupun mengalami kesulitan untuk bunting.
2. Mastitis: Jangkitan yang berlaku pada kelenjar susu, situasi ini akan mempengaruhi penghasilan susu dan kesihatan reproduksi lembu betina.
3. Endometritis: Jangkitan pada rahim yang akan mempengaruhi kemampuan lembu betina untuk bunting, atau bunting sehingga kelahiran.
4. Metritis: Jangkitan pada uterus, kebiasaannya berlaku setelah kelahiran, dan ini akan mempengaruhi kesihatan reproduksi lembu betina.
5. Cystic Ovarian Disease (COD): Keadaan di mana kantung terbentuk pada ovari dan dapat mempengaruhi kesihatan reproduksi lembu betina.
6. Retained Placenta: Keadaan di mana placenta tidak keluar dari rahim setelah proses kelahiran dan jika situasi ini tidak dirawat dengan lebih awal ini akan mempengaruhi kesihatan reproduksi lembu betina.
7. Keguguran: Lembu betina yang bunting mengalami keguguran atau kelahiran anak yang mati.
8. Anestrus: Kondisi di mana lembu betina tidak mengalami estrus atau kitaran berahi.
9. Dystocia: Kelahiran yang sukar atau tidak normal, yang dapat mempengaruhi kesihatan reproduksi lembu betina, sehingga boleh menyebabkan kematian anak dan juga induk.
10. Brucellosis: Penyakit menular pada hiwan yang akan menyebabkan keguguran dan juga masalah kesihatan lain, penyakit ini boleh berlaku pada haiwan dan juga manusia.
Penting bagi penternak untuk memerhati dan mengurus kesihatan pembiakan lembu betina dengan baik, termasuk dengan melakukan pemantauan kesihatan secara berjadual/rutin, mengatur nutrisi dan keperluan yang sesuai.
#siripembiakanternakanlembu
07