Tentang kitaran berahi ternakan

Kitaran estrus (berahi) pada ternakan lembu betina adalah kitaran pembiakan, ianya berlaku secara berkala dan diatur oleh hormon dalam tubuh lembu betina. Kitaran estrus pada lembu betina akan berlaku dalam tempoh selama 21-23 hari.

Berikut adalah 4 fasa dalam kitaran estrus pada ternakan lembu betina:

1. Proestrus (pro-berahi): Fasa ini berlangsung selama 2-5 hari. Pada tahap ini, lembu betina mula menghasilkan hormon estrogen, hormon ini akan membantu mempersiapkan rahim dan beberapa organ pembiakan untuk menerima sperma. Dalam tempoh ini, lembu betina mungkin menunjukkan tanda-tanda jelas seperti meronta-ronta, kelihatan lebih aktif, sentiasa mengangkat ekor, dan kerap memanjat lembu lain.

2. Estrus (berahi): Fasa ini akan berlaku dalam tempoh hanya 12-18 jam dan ini merupakan fasa paling penting dalam kitaran estrus. Pada fasa ini, lembu betina sesuai untuk dikawinkan, kerana pada fasa ini terjadinya ovulasi ataupun pelepasan sel telur dari ovari. Lembu betina pada tahap ini menunjukkan tanda-tanda yang jelas seperti meronta-ronta, memperlihatkan minat terhadap lembu jantan, sedia untuk dipanjat, kerap mengeluarkan suara dan dan keluarnya lendir dari vulva.

3. Metestrus: Fasa ini berlangsung selama 3-5 hari setelah estrus. Pada tahap ini, korpus luteum yang terbentuk setelah ovulasi akan menghasilkan hormon progesterone, hormon ini untuk mempersiapkan rahim untuk bunting. Jika terjadi persenyawaan, embrio akan terbentuk dan berkembang lalu memasuki Rahim (uterus) dalam fasa ini.

4. Diestrus: Tahap ini berlangsung selama 14-16 hari setelah ovulasi. Pada tahap ini, korpus luteum terus memproduksi hormon progesteron untuk mengukuhkan rahim dan organ reproduksi betina dalam kondisi yang baik untuk bunting. Jika tidak ada persenyawaan terjadi, korpus luteum akan mengecil dan tahap kitaran estrus dimulai kembali dari tahap proestrus.

Penting bagi peternak untuk memantau dan mencatatkan kitaran estrus yang berlaku pada ternakan lembu betina, ini untuk memastikan waktu yang tepat ketika kita melakukan inseminasi buatan (AI) atau mengahwinkan secara semulajadi lembu betina dengan lembu jantan. Semua tindakan ini akan meningkatkan lagi peluang kejayaan dalam program pembiakan ternakan lembu.

#siripembiakanternakanlembu

04

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel