
sumber gambar Shorpy
Teknologi pembiakan pada ternakan lembu telah mengalami perkembangan pesat, ianya menelusuri beberapa abad yang lalu dan peradaban ini bermula sejak zaman Mesir kuno. Pada zaman dahulu, manusia telah berjaya menyusun program pembiakan lembu dengan pemilihan lembu yang paling baik dan dijadikan induk, dan sekarang kita sudah boleh lihat sendri dan nikmati hasil usaha mereka yang terdahulu. Semoga teknologi ini terus berkembang dan akan menghasilkan kualiti ternakan yang lebih baik, bersesuaian dengan kehendak masyarakat pada masa akan datang.
Mari kita selusuri beberapa peristiwa penting dalam sejarah teknologi pembiakan ternakan lembu secara ringkas sehinggalah sekarang:
Sekitar tahun 1700 hingga 1800, direkodkan manusia pertama kali melakukan percubaan untuk memilih lembu terbaik untuk dijadikan induk. Pemilihan dilakukan berdasarkan berat dan ukuran tubuh (tinggi, panjang dan lebar lembu), dan inilah yang menjadi landasan awal perkembangan teknologi pembiakan lembu. Pada tahun 1780, Robert Bakewell dipertanggungjawabkan untuk mengkaji dan mengembangkan teknik pemilihan lembu terbaik melalui program pembiakan selektif.
Sekitar tahun 1800 hingga 1900, perkembangan teknologi pembiakan ternakan semakin maju. Manusia mulai menggunakan teknik inseminasi buatan (artificial insemination / AI) untuk menghasilkan lembu yang mempunyai genetik yang lebih baik, pada awalnya teknik ini telah dilakukan oleh Ivanoff, pada 1922 di Rusia.
Seterusnya pada tahun 1930-an, penemuan teknik inseminasi buatan yang lebih baik telah ditemui oleh Lutze dan Gregory, mereka telah membuka jalan bagi perkembangan pembiakan ternakan lembu moden. Kemudian, pada tahun 1949 sekali lagi teknik penyimpanan dan penggunaan semen beku pertama secara komersial untuk ternakan lembu telah dijayakan oleh Dr. Polge dan kumpulan penyelidiknya.
Pada tahun 1890 usaha untuk menghasilkan teknik pemindahan embryo telah dijalankan oleh Walter Heape. Usaha ini telah menjaya teknik pemindahan embryo secara komersial bermula 1930-an, sehinggalah teknik ini mula dijayakan juga untuk kegunaan manusia.
Kini telah banyak teknologi baru yang diperkenalkan untuk membantu pembiakan ternakan lembu, seperti identifikasi DNA, manipulasi genetik, dan klon. Dalam beberapa tahun terakhir, teknologi CRISPR-Cas9 juga mulai diperkenalkan sebagai alat yang berpotensi menghasilkan lembu yang lebih tahan lasak pada penyakit dan lebih produktif.
Teknologi pembiakan ternak semakin maju, dengan adanya teknologi genetika molekular dan genomik. Teknologi ini akan dapat membantu para penternak untuk mengenalpasti gen-gen yang berkaitan dengan ciri-ciri ternakan yang diidamkan, seperti produktiviti (daging, susu dan bulu), ketahanan terhadap penyakit, dan kualiti daging.
Sumber rujukan:
– Laster, D. B. (2003). History of animal breeding. In Encyclopedia of animal science (pp. 535-538). CRC Press.
– Telen, D., & Deluyker, H. (2000). A brief history of breeding for milk production in cattle. Livestock Production Science, 66(1), 1-6.
– Blackburn, H. D. (2014). History of animal breeding. Animal Frontiers, 4(1), 6-11.
#siripembiakanternakanlembu
00