Cirit pada ternakan

Oleh Backyard Dairy Farm II

Penyakit biasa yang berlaku pada ruminan dan boleh menyebabkan kematian jika masalah berlarutan atau mati secara mengejut jika dijangkiti bakteria jenis yang potent @ bahaya.

Biasanya punca utama adalah makanan.
Sama ada makanan tadi tercemar dengan patogen terutama bakteria/fungus. Bakteria dan fungus boleh mencemari bahan makanan yang tidak disimpan dengan baik contohnya dedak yang terdedah pada air dan berkulat atau silaj yg rosak @ terdedah kpd udara.

Boleh juga dijangkiti melalui persekitaran terutama persekitaran yang basah dan kotor.
Persekitaran yang basah dan kotor ini akan buat kuman cepat membiak dan akan menjangkiti ternakan bila berlaku sentuhan atau termakan cebisan makanan yang tercemar dengan persekitaran yang kotor. Biasanya protozoa seperti coccidiosis menular melalui kaedah ni.

Selain dua faktor di atas, cirit juga boleh berlaku dari perubahan makanan yang mengejut terutama bahan bijirin atau dedak. Perubahan makanan yang mengejut akan menyebabkan “digestion upset” bila microbe yang ada dalam rumen masih tak boleh menyesuai dengan bahan makanan baru menyebabkan makanan tadi tidak dihadam dengan baik dan menjadi acidic, pH dalam rumen akan berubah dan boleh menyebabkan acidosis.

Stress juga boleh menjadi punca, terutama bila ternakan berubah tempat, perubahan cuaca, perjalanan jauh. Stress juga berkait dengan microbe dalam rumen. Ternakan yang stress akan menyebabkan bakteria jenis opportunistic menjadi dominant dan menyebabkan masalah terutama pada sistem pencernaan.

Sekian perkongsian.

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel