Komuniti Penternak Angus & Wagyu

Peluang untuk menjalankan pembiakan lembu Angus dan Wagyu, bagi yang berminat untuk turut serta, boleh isi borang berikut. Namun sebelum itu, perlu tuan/puan fahami, program ini dijalankan oleh syarikat persendirian dan tidak melibatkan pendanaan dari mana-mana jabatan kerajaan. Kami menanggung kos tertentu untuk menjayakan program ini, dan juga pihak yang berminat perlu menanggung sebahagian kos tertentu.

Perjalanan program ini akan bermula dengan penilaian induk betina yang bersesuaian;

  1. Berat badan melebihi 350kg.
  2. Mempunyai fizikal yang sempurna.
  3. Sihat dari penyakit berjangkit.
  4. Memiliki daya biang yang jelas.

Setelah program inseminasi buatan telah dijalankan, program pemeriksaan kebuntingan akan dilakukan, jika gagal, program ini boleh dilakukan sehingga 3 kali sahaja.

Setelah kelahiran, pada umur seminggu anak jantan perlu dimandulkan, dan anak betina boleh disimpan bagi melahirkan F2 pada masa akan datang.

Setelah berumur 6 bulan, pihak yang menjalankan aktiviti feedlot akan membuat penilaian ternakan dan penetapan harga akan dibuat sebelum dipindahkan ke ladang feedlot.

Bagi yang berminat untuk menjalankan program pembiakan lembu Angus dan Wagyu, tuan/puan boleh mengisi borang ini, satu sesi taklimat akan diadakan dan jemputan akan dilakukan dalam masa yang terdekat. Selain itu para penternak yang berminat juga perlu bersedia dengan ilmu penternakan bagi menjamin kejayaan program ini. Dengan itu, dari masa ke masa pihak kami akan menyediakan latihan dan kursus secara berperingkat pada masa akan datang.