Foot rot boleh merebak dalam tempoh yang singkat, kesannya adalah kaki ternakan membengkak dan tempang. Penternak akan mengesan masalah ini jika menyedari bau busuk sewaktu melakukan rutin pemantauan gerompok, dan jika penternak memeriksa kaki ternakan kelihatan keadaanya adalah lembap dan berbau. Kebiasaan penyakit ini boleh terjadi kepada lembu, kambing dan juga bebiri.
Banyak penyebab yang boleh menyumbang kepada terjadinya masalah foot rot, antaranya kaki ternakan luka pada bahagian kuku ataupun tapak kaki, keadaan kandang yang tidak bersih dan tidak dicuci dengan bahan nyah kuman, trauma pada kaki dan lain-lain lagi. Kesemua penyebab ini akan mendedahkan kaki ternakan kepada jangkitan bakteria Fusobacterium necrophorum.
Tindakan pantas yang perlu dilakukan adalah dengan mengansingkan ternakan yang sakit daripada kumpulan ternakan yang sihat. Seterusnya membuat pemeriksaan fizikal terutamanya pada bahagian kaki, mencuci kesemua kaki dengan bahan nyah kuman serta membuat rawatan luka. Dapatkan perkhidmatan veterinar bertauliyah untuk rawatan yang memerlukan antibiotik, rawatan boleh dilakukan melalui suntikan mahupun krim. Lantai kandang perlu dicuci dengan teliti dan dikosongkan.
Apakah kesan daripada foot rot? Apabila melibatkan kawasan kaki, ternakan akan kurang aktif, hilang selera makan, pembesaran terbantut, berat badan menyusut, penghasilan susu menurun, tahap yang teruk mula berlaku jika lalat hinggap lalu terjadinya masalah maggot dan yang paling teruk adalah kematian ternakan. Penyakit ini merebak dengan kadar yang pantas, jadi tindakan pantas juga perlu dilakukan.
Sumber rujukan:
1. Five signs of foot rot and how you can stop it, Chloe Long, 2019, alltech.com