Penyakit kuku mulut lembu

Di Malaysia, penyakit FMD merupakan ancaman serius terhadap industri penternakan lembu. Ia boleh menyebabkan kematian pada lembu, menyebabkan kesakitan yang teruk, dan menyebabkan kerosakan ekonomi yang besar. Penyakit ini boleh tersebar dengan cepat melalui persentuhan langsung diantara manusia (sebagai pembawa) dengan haiwan, atau haiwan dengan haiwan yang terjangkit atau melalui bahan-bahan yang tercemar seperti makanan, air, atau alat-alat ternakan.

Serotipe

Penyakit FMD pada lembu disebabkan oleh virus FMD yang tergolong ke dalam keluarga virus Picornaviridae dan genus Aphthovirus. Terdapat tujuh serotipe utama dari virus FMD, iaitu serotipe O, serotipe A, serotipe C, serotipe Asia 1, serotipe SAT-1, serotipe SAT-2, dan serotipe SAT-3. Setiap serotipe ini memiliki variasi genetik yang berbeza. Di Malaysia, serotipe yang paling umum dijumpai pada lembu adalah serotipe O. Namun, terdapat juga kes serotipe A dan serotipe Asia 1. Serotipe O biasanya lebih dominan dan sering dihubungkan dengan kejadian wabak FMD di negara ini.

Setiap serotipe memiliki perbezaan dalam gejala klinikal, tahap keparahan penyakit, dan tindak balas terhadap vaksinasi. Oleh kerana itu, penting untuk mengidentifikasi serotipe yang terlibat dalam suatu wabak FMD supaya langkah-langkah pengendalian yang tepat dapat diambil, termasuk vaksinasi yang spesifik terhadap serotipe yang dikesan.

Gejala

Gejala utama penyakit FMD pada lembu termasuklah demam, lepuh berisi air di mulut, hidung, dan kaki, lesi pada kuku, lesu, hilang selera makan, penurunan penghasilan susu, dan kematian pada lembu yang lemah. Lembu yang terjangkit akan mengalami kesakitan yang sangat teruk dan ini menyebabkan kesukaran untuk lembu berjalan, makan, dan minum.

Pengawalan

  1. Kuarantin: Lembu yang dicurigai terjangkit FMD dikuarantin dan diasingkan dari lembu yang sihat. Pengawasan ketat dilakukan terhadap haiwan yang berpotensi terjangkit.
  2. Vaksinasi: Vaksin FMD disuntik kepada lembu untuk mengurangkan risiko penyebaran penyakit. Vaksinasi biasanya dilakukan pada lembu yang berisiko tinggi atau di kawasan yang dianggap berisiko.
  3. Pemeriksaan saintifik: Pemeriksaan saintifik boleh dijalankan dimakmal, tujuannya adalah untuk mengesahkan kehadiran virus FMD pada lembu yang disyaki dijangkiti. Ujian PCR dan ujian serologi digunakan untuk mengesan dan mengenal pasti virus.
  4. Pembasmian: Lembu yang dijangkiti penyakit FMD biasanya diberi rawatan simptomatik dan diasingkan dari lembu yang sihat. Kadang-kadang, langkah pembersihan dan penyembelihan terpaksa dilakukan bagi memutuskan rantaian penyebaran, dan mengelakkan kerugian yang besar daripada berlaku.
  5. Pembatasan Pergerakan: Kawasan yang terjejas dengan FMD boleh dikenakan kawalan pergerakan untuk menghalang penyebaran penyakit. Pembatasan ini termasuk menghentikan pengangkutan lembu, larangan pergerakan lembu di kawasan yang terjejas, dan pengawasan ketat terhadap aktiviti perdagangan haiwan hidup.

Rawatan

Tiada rawatan yang berkesan untuk menghapuskan virus FMD, namun rawatan boleh dilakukan mengikut simptom klinikal yang berlaku pada setiap ternakan, sila rujuk kepada doktor veterinar bertauliyah yang berdekatan dengan anda, atau hubungi pihak berkuasa untuk dapatkan saranan yang lebih tepat.

Kesimpulannya, penyakit FMD adalah penyakit berbahaya yang boleh menyebabkan kerugian besar dalam industri penternakan lembu di Malaysia. Untuk mengawal penyebaran penyakit ini, tindakan pencegahan seperti kuarantin, vaksinasi, pemeriksaan dan rawatan perlu dibuat secepat mungkin. Penting juga untuk direkodkan yang penyakit FMD akan mengalami variasi genetik dan mutasi yang memungkinkan munculnya varian baru dari virus FMD pada masa akan datang. Oleh karena itu, pemantauan dan penelitian terus perlu dilakukan oleh semua pihak (penternak, orang awam dan juga pihak berkuasa) dilakukan untuk mengenalpasti varian baru.

Sumber rujukan:

PENYAKIT KUKU DAN MULUT (Foot and Mouth Disease, FMD), https://www.dvs.gov.my/dvs/resources/user_1/2021/BKPBV/KAWALAN%20PENYAKIT%20&%20ZOONOTIK/PVM_FMD-ver2.pdf

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel