Percampuran antara jenis ternakan seperti lembu, kambing, bebiri, ayam, itik, puyuh dan lain-lain dalam kawasan yang sama dan berdekatan telah menidakkan amalan biosekuriti dalam amalan penternakan. Keadaan ini akan menyukarkan lagi proses rawatan dilakukan. Harus diingatkan juga, penternakan walaupun dijadikan sebagai hobi, ianya adalah sebuah perniagaan. Untung rugi aktiviti yang dijalankan harus diambil kira supaya aktiviti penternakan dapat dijalankan dengan lebih lama dan mampu memenuhi permintaan semasa.
Masalah utama apabila percampuran antara jenis ternakan diamalkan adalah, kawalan penyakit. Terdapat pembawa agent penyakit yang digelar sebagai vector mampu meranap 100 ekor kambing ataupun lembu dalam masa yang sangat singkat. Dan bayangkan juga masalah kesihatan bukan hanya satu, malah tiga masalah yang boleh terjadi pada ternakan dalam masa yang sama. Sebagai contoh;
Selain itu, percampuran jenis ternakan juga boleh menyebabkan kita kehilangan fokus untuk mengembangkan lagi penternakan kita kepada skala yang lebih besar dan menuju kearah komersial. Walau percampuran ternakan dilakukan, tiada masalah yang dihadapi, berkemungkinan besar kepekatan populasi pathogen masih belum banyak, dan ianya boleh berlaku dalam masa yang sangat singkat.
Disarankan aktiviti penternakan lebih fokus kepada satu jenis sahaja, supaya masalah kesihatan ternakan lebih mudah dikawal dan unsur pengembangan boleh dilakukan dengan lebih lancar. Walau bagaimana pun, masalah ini dapat dielakkan dengan menjalankan program kesihatan geropmpok dengan lebih kerap dan berkesan, supaya masalah kesihatan ternakan dapat dikawal.
Sumber rujukan:
Research gate Enzootic and epizootic/epidemic transmission cycles
Research gate Tick molecules involved in Babesia transmission.