Sepertimana sedia maklum, wabak Covid-19 yang menimpa dunia pada masa kini amat membimbangkan, namun pihak berwajib telah berusaha mengurangkan jangkitan dengan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) dan masyarakat umum perlu berada di rumah. Melihat tanda klinikal yang timbul, dalam lingkungan 14 hari, maka itu adalah tempoh kawalan yang ditetapkan.
Untuk ternakan, sekatan perjalanan telah dikenakan dan diamalkan. Malaysia pernah dilanda H5N1 tahun 2018 yang lalu pada ternakan ayam, usaha menghalang penularan wabak itu telah dilakukan dengan bantuan pelbagai pihak. Pergerakan tanpa permit perjalanan untuk penjualan ayam hidup tidak boleh dilakukan, dibimbangi akan menyebabkan penyebaran wabak ketika itu.
Untuk mengengkang penyebaran wabak sesuatu penyakit pada ternakan, perlu kita fahami tanda-tanda yang timbul dan apa implikasi penyakit tersebut kepada ternakan, penternak, masyarakat dan implak pada ekonomi. Disebabkan itu, permit perjalanan ternakan untuk dipelihara, disembelih dan sebagainya dikenakan dan mempunyai tempoh yang tertentu. Mekanisasi menghalang wabak merebak serahkan sahaja kepada pihak berwajib.
Sebagai penternak, perlu ada pada diri kita kesedaran berkaitan isu wabak penyakit. Jangan anggap wabak ini sesuatu yang biasa-biasa sahaja dan tidak endah dengan kesannya. Mari kita lihat sedikit antara kesan penyakit pada ternakan;
Penyakit Bruchella boleh menyebabkan gangguan pada pembiakan ternakan, pada akhir fasa kebuntingan, ada sahaja yang akan gugur. Boleh juga berjangkit kepada manusia yang menguruskan ternakan tersebut, dilihat tidak mahu bunting dan selalu gugur, ada yang menjualnya dengan harga murah, yang membelinya pula membawa pulang penyakit tersebut kepada ternakan yang sihat, bagaimana pertambahan populasi ternakan dapat dijayakan?
Penyakit kuku dan mulut (FMD) menyebabkan ternakan kurus dan tidak mahu makan. Ditambah dengan jangkitan kedua daripada bakteria menyebabkan kawasan luka menanah dan berlaku demam yang menyebabkan ternakan mati. FMD boleh merebak dengan cepat dan agak susah untuk dikawal jika pergerakan ternakan tidak disekat. Walaupun penyakit ini tidak berjangkit kepada manusia, namun ternakan tidak mencukupi, maka hasilnya kita import ternakan dari negara lain.
Walaupun hanya 2 sahaja penyakit yang dijadikan sebagai contoh, namun kita wajib memahami bagaimana ciri-ciri penyakit yang lain juga. Jika dilihat pada senarai penyakit dipantau yang disenaraikankan oleh pihak oie bagi tahun 2020 adalah sebanyak 117 jenis penyakit. Penternak adalah benteng pertahanan negara yang akan memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi. Dengan mengenali musuh, kita mampu mengalahkannya. Jangan lupa, stay at home, jaga jarak dan keluar hanya bila perlu sahaja. Semoga dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, wabak Covid-19 dapat ditumpaskan.
Sumber rujukan:
- OIE-Listed diseases, infections and infestations in force in 2020, https://www.oie.int/animal-health-in-the-world/oie-listed-diseases-2020/
- 2. Penyakit Kuku & Mulut – Jabatan Perkhidmatan Veterinar, http://www.dvs.gov.my/dvs/resources/auto%20download%20images/560cae0df382e.pdf
- Sistem kesan ternakan tidak jalani kuarantin, Oleh Noor Atiqah Sulaiman, https://www.bharian.com.my/node/188156