Rangka Tubuh Badan Ternakan

Pengetahuan anatomi ternakan sama penting dengan ilmu pengurusan ternakan, melalui ilmu anatomi kita akan tahu tatacara pengurusan ternakan dengan lebih baik. Cara untuk menahan pergerakan ternakan, menyuntik ternakan, menghadapi dystocia dan lain-lain lagi. Sudah pasti lain ternakan akan mempunyai perbezaan struktur rangka tubuh, namun secara ringkas kita boleh kelaskan struktur rangka kepada tujuh kawasan iaitu:

  1. Kepala
  2. Cervical
  3. Thoracic
  4. Lumbar
  5. Sacral
  6. Coccygeal
  7. Kaki

Setiap kawasan akan mempunyai pelbagai jenis tulang yang akan membentuk tubuh badan ternakan. Rangka tubuh badan ternakan berfungsi untuk melindungi organ-organ utama seperti jantung, hati, paru-paru dan lain-lain lagi. Otot/ daging akan berhubung diantara tulang-tulang bagi menghasilkan mekanisma pergerakan tubuh. Dengan mengetahui anatomi ternakan juga, kita boleh merancang bagaimana hasilan ladang dapat dipersembahkan kepada pelanggan, wujudnya pula ilmu berkaitan dengan “butchery”.

Berikut adalah lukisan rangka tubuh badan ternakan (jika boleh hafal adalah lebih baik);

Sumber: Beef Resource Handbook, page 2-3
Sumber: Sheep Resource Handbook for Market and Breeding Projects, page 12
Sumber: Goat Resource Handbook, page 23

Baca juga artikel Kesukaran Kelahiran Ternakan

Sumber rujukan:
1. Goat Resource Handbook, page 23
2. Sheep Resource Handbook for Market and Breeding Projects, page 12
3. Beef Resource Handbook, page 2-3
4. University of Idaho Extension, Skeletal Structure Animal Science Lesson Plan, uidaho.edu

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel